Pada 19 hingga 21 Ogos 2016 yang lalu, Unit Hal
Ehwal Murid SMK Orkid Desa telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di
persekitaran kawasan sekolah. Kursus tersebut dikendalikan oleh Konsultan
yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah. Guru yang hadir bertindak untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan disiplin, keselamatan dan kebajikan peserta
sahaja.
Kursus tersebut telah berjaya mencapai
objektif dengan cemerlang dan murid mendapat input yang sangat bermakna. Kursus
tersebut berakhir pada 21 Ogos jam 5 petang dan murid bergerak pulang ke rumah masing-masing
No comments:
Post a Comment