Sunday 12 March 2023

SMK ORKID DESA DI PERSADA ANTARABANGSA

 Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pasukan STEM SMK Orkid Desa yang dibimbing oleh Cikgu Aiman kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan Malaysia di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan sebagai pemenang dalam Pertandingan STEM yang dijalankan di Negara Thailand pada 8 - 10 Mac 2023. Pertandingan tersebut di sertai oleh beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Semoga kejayaan tersebut dapat menyuntik semangat kepada guru dan murid-murid SMK Orkid Desa dalam menyertai pertandingan STEM di peringkat tertinggi sekaligus dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...