Pada 01 - 02 Oktober 2018,
Unit Pendidikan Khas telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Pendidikan Khas
Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pertandingan ini
diadakan di SMK Tiara Permai, Sentul Kuala Lumpur. Terdapat beberapa pertandingan
yang telah diadakan antaranya ialah solekan pengantin, tepak sireh, dekorasi
kek, masakan tradisional iaitu masak tempoyak ikan patin, dekorasi pulut kuning
dan membuat tengkolok diraja serta seni tekat.
Peserta diminta membuat pendaftaran seawal pukul 8.00 pagi di Smk Tiara
Permai.
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Orkid Desa telah menghantar 2
orang murid untuk menyertai pertandingan kemahiran ini. Peserta pertama iaitu
Liew Yan Hao telah menyertai pertandingan kemahiran mendekorasi kek pada 01
Oktober 2018 dan telah mendapat tempat saguhati. Pertandingan mendekorasi kek bermula pada jam
9.15 dan berakhir pada jam 11.15, para peserta perlu mendekorasi kek tanpa
bantuan guru pembimbing.
Acara penutup diadakan di dewan SMK Tiara Permai pada
jam 12.30 tengah hari. Peserta diberi sijil penyertaan. Peserta kedua iaitu
Muhammad Nur Adam bin Omar telah menyertai pertandingan kemahiran memasak
masakan tradisional tempoyak ikan patin pada 02 Oktober 2018 dan telah mendapat
tempat saguhati. Pertandingan memasak tempoyak ikan patin bermula pada jam 9.15
dan berakhir pada jam 11.15, para peserta perlu memasak tempoyak ikan patin
tanpa bantuan guru pembimbing. Acara penutup diadakan di dewan SMK Tiara Permai
pada jam 12.30 tengah hari. Peserta diberi sijil penyertaan.
No comments:
Post a Comment