Friday 26 June 2015

HARI BICARA AKADEMIK

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 26 Jun 2015, SMK Orkid Desa telah mengadakan Hari Bicara Akademik. Majlis tersebut bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah bagi mengambil slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak mereka. Peluang tersebut juga telah digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa untuk berbincang dengan guru kelas tentang tahap pencapaian akademik dan sahsiah anak mereka.
  Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Pihak sekolah menghargai usaha ibu bapa untuk hadir ke sekolah walaupun sibuk dengan urusan kerja. Hal tersebut membuktikan bahawa, ibu bapa sangat mengambil berat dan prihatin terhadap anak mereka. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam memacu pencapaian sekolah ke arah yang lebih cemerlang seterusnya melonjakkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Aktiviti Jualan Amal yang dikendalikan oleh guru dan staf sokongan
Kesungguhan ibu bapa untuk menghadirkan diri ke sekolah
Keceriaan murid-murid SMK Orkid Desa
Perbincangan bapa pelajar PPKI dengan guru PPKI.
Ibu bapa memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang program berlangsung
Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan
 


Wednesday 24 June 2015

CERAMAH SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ DAN AMBANG RAMADAN

Sambutan Israk Mikraj & Ambang Ramadan telah diadakan pada 16 Jun yang lalu bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa. Majlis ini bermula pada jam 11 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas sekolah dan diikuti oleh bacaan Al-Quran dan terjemahan. 
   Selepas persembahan nasyid yang dipersembahkan oleh murid perempuan, majlis diteruskan dengan ceramah Israk Mikraj & Ambang Ramadan disampaikan oleh Penceramah jemputan iaitu Ustaz Norazman Bin Mohd Samsuddin.  Kuiz spontan diajukan kepada murid dan 3 pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh penceramah. Sebelum bersurai Pn. Aziah Bt. Ahmad menyampaikan cenderahati kepada penceramah. Majlis bersurai pada jam 1 petang.
     Murid bukan islam berkumpul di Ruang Serbaguna bagi mendengar ceramah motivasi yang bertajuk Pengurusan Kewangan. ceramah tersebut disampaikan oleh Pn. Li Lian, AJK PIBG SMK Orkid Desa. Program tamat pada jam 1 petang.


Ceramah motivasi pengurusan kewangan telah disampaikan oleh salah seorang AJK PIBG sekolah 
iaitu Pn Li Lian yang melibatkan semua murid bukan islam

Tuesday 23 June 2015

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 29 Mei yang lepas, perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa. Bersesuaian dengan tema “Guru ; Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”. Tema Hari Guru pada tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu yang dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.











KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI PERTAMA

Tanggal 25 April 2015, Kejohanan Balapan dan Padang SMK Orkid Desa telah dapat dilaksanakan dengan jayanya buat kali pertama di Padang Sekolah SMK Yaacob Latif. Kejohanan ini dirasmikan oleh Encik Sim Kai Siong, Naib YDP PIBG dan acara bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Terdapat 18 acara akhir yang dipertandingkan semasa kejohanan ini dan secara keseluruhan rumah sukan Tun Dr Mahathir telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan telah menjadi juara keseluruhan.









PROGRAM KEM BINA INSAN

Pada 11 April 2015 yang lalu, Unit Kokurikulum telah berjaya melaksanakan Program Kem Bina Insan Peringkat Sekolah 2015 yang bertempat di Dewan Utama, SMK Orkid Desa. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Aminuddin Jamal B. Jamaluddin, Yang Dipertua PIBG SMK Orkid Desa. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menggilap bakat, potensi dan jati diri yang ada dalam diri murid. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyemai roh tarbiyyah Rabbaniyyah sebagai tunjang dalam membentuk sahsiah murid, memberi bimbingan dan panduan mengenai hala tuju dalam pembelajaran dan memberi motivasi kepada murid agar dapat membina dan meningkatkan kecemerlangan diri.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...