Saturday 2 November 2013

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa (SMKOD) CHERAS

Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa (SMKOD) telah mula dibina pada bulan Ogos 2011.
Sekolah ini terletak di Jalan 13/142 Taman Orked Desa, Keluasan sekolah ini adalah lebih kurang 4 hektar dan terdapat tiga (3) blok utama, sebuah dewan dan sebuah pondok Jaga.
Tiga Blok SMKOD ini terdiri daripada Blok Pentadbiran (3 Tingkat), Blok Akademik A (Kelas dan Surau) 6 tingkat dan Blok Akademik B yang menempatkan Bilik Amali dan Pusat Sumber ( 7 Tingkat ). SMKOD telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada Bulan Mac 2013 dan seterusnya Bahagian Pembangunan dan Aset KPM telah menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada bulan 28 Ogos 2013.
JPWPKL telah melantik En. Ahmad Kamil bin Ibrahim sebagai Care Taker bagi sekolah ini pada bulan Oktober 2013.
SMKOD dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2014. Sekolah ini telah didaftarkan pada Januari 2014 dan telah diberi kod sekolah iaitu WEA0257. Tarikh sebenar belum ditetapkan oleh pihak KPM/JPWPKL.
Operasi tahun pertama SMKOD (2014) ialah untuk Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4. Akan terdapat juga Kelas Pendidikan Khas (Program Intergrasi) Masalah Pembelajaran.
Talian perhubungan sementara SMKOD adalah seperti berikut: 012-6387080.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...