Friday 10 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SALAM LEBARAN

Pada hari Jumaat iaitu 10 Julai 2015, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Salam Lebaran. Majlis tersebut dijalankan di surau sekolah bermula pada jam 11 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya khatam Al-Quran yang dipimpin oleh En. Rozaini. 
      Setelah selesai, Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada murid yang menjadi peserta khatam Al-Quran. Murid-murid turut diberi sumbangan duit raya yang disampaikan oleh guru kelas masing-masing. Murid dan guru mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Majlis berjalan lancar dan berakhir pada jam 12 tengah hari









Monday 6 July 2015

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 3 Julai 2015 Masihi bersamaan dengan 16 Ramadan 1436 Hijriah, SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa peringkat sekolah. Majlis tersebut dihadiri oleh semua guru, murid ,warga SEMORDA dan YDP PIBG. Majlis tersebut bermula pada jam 6.00 petang dan berkahir pada 8.30 malam. sebelum ceramah nuzul al-Quran disampaikan, pasukan nasyid sekolah telah mengalunkan alunan nasyid yang terdiri daripada beberapa jenis lagu termasuk 'Ramadan Ya Ramadan'. 
    Seterusnya ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Faizol b. Haji Badrol dari SK Bukit Raya. Selesai ceramah, semua muslimin dan muslimat bersedia untuk berbuka puasa di surau. apabila masuk waktu berbuka, semua hadirin berbuka dengan tamar dan air kosong seterusnya bersedia untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat, semua hadirin turun ke kantin untuk menikmati hidangan berbuka puasa. Majlis tamat pada jam 8.30 malam.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...