Friday 28 March 2014

Lokasi SMKOD

Panduan kepada anda yang ingin ke SMK ORKID DESA, Jalan 13/142, Taman Orkid Desa, Kuala Lumpur.


Sunday 23 March 2014

Bengkel Pengujian LAN Sekolah Baru (SMKOD)

Satu bengkel pengujian LAN di sekolah baru dibuka pada tahun 2014 (SMK Orkid Desa dan SMK Desa Mahkota) telah dijalankan pada 17 Mac hingga 20 Mac 2014. Pengujian LAN di SMKOD telah dijalankan pada 19 Mac hingga 20 Mac 2014. Pengujian ini diketuai oleh pegawai BTPN KL iaitu En. Halim. Beliau telah dibantu oleh pegawai ICT dibawah Zon Pudu  termasuk Pegawai daripada PKG Pudu. Pengujian ini telah tamat pada 20 Mac dan hasil laporan pengujian ini telah diserahkan ke pihak sekolah untuk dibuat tindakan selanjutnya. Terima Kasih BTPN KL dan PKG Pudu serta pegawai ICT Zon Pudu kerana telah berjaya melaksankan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.



Saturday 22 March 2014

Lapor Diri Penolong Kanan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Makmal SMKOD

SMKOD telah mendapat tiga orang pentadbir bagi menguruskan SMKOD. Mereka terdiri daripada PK Pentadbiran dan Kurikulum (PK T&K), Penolong Kanan  Kokurikulum (PK KOKO) dan Pembantu Tadbir (PT N17). Mereka telah melapor diri pada 17 Mac 2014. Pembantu Makmal (PM C17) juga telah melaorkan diri pada 20 Mac 2014. SMKOD masih menunggu senarai nama guru-guru yang akan mengajar di SMKOD.

1. PK T&K : Pn Aziah Bt. Ahmad
2. PK KOKO: Pn. Dahanum Bt.
3. PT N17: Saliza Bt.
4. PMC17: Siti Aishah Bt.

Mesyuarat Pembukaan SMKOD

Satu mesyuarat pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa telah diadakah pada 20 Mac 2014 jam 3.00 petang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) JPWPKL iaitu Pn Rosni. Mesyuarat ini turut melibatkan semua Sektor di JPWPKL dan PPW Bangsar Pudu. PPW Bangsar Pudu telah diwakili oleh Timbalan Pegawai Pelajaran iaitu Tn. Hj Mustafa. Pelbagai perkara telah dibincangkan berkaitan pembukaan SMKOD. SMKOD dijangka akan dibuka pada 1 April 2014. Hadir bersama dalam mesyuart ini ialah PK Tadbir dan Kurikulum iaitu Pn Aziah Bt Ahmad dan PK KoKurikulum Pn. Dahanum.


Mesyuarat Bersama JPWPKL, Konsultan, Kontraktor dan SMKOD

Satu mesyuarat bersama antara JPWPKL, Konsultan, Kontraktor

dan Pentadbir SMKOD berkaitan baik pulih (penyelengaraan) SMKOD telah diadakan pada 18 Mac 2014 bertempat di SMKOD. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh pihak Konsultan yang membina SMKOD. Masa seminggu diberikan kepada SMKOD untuk mengenalpasti kerosakan bangunan dan peralatan untuk diserahkan ke pihak Konsultan dan Kontraktor pembina.

Lawatan Kerja Tuan Pengarah JPWP KL Ke SMKOD

Tuan Pengarah JPWPKL En. Abdullah Bin Mad Yunus telah melakukan lawatan kerja ke SMKOD pada 18 Mac 2014 jam 10.15 Pagi. Turut bersama lawatan ini  ialah KU Aset dan KU Pembangunan SK2P JPWP KL.

Tuan Pengarah berada di tempat perhimpunan SMKOD

Tuan Pengarah berada di Dewan SMKOD
Tuan Pengarah berada di Bilik Mesyuarat SMKOD

Tuan Pengarah berada di antara Blok Pentadbiran dan Blok Akademik

Saturday 1 March 2014

Penyelenggaran Bangunan dan Peralatan SMKOD

Tempoh perjanjian diantara KPM dengan pihak Kontraktor akan berakhir pada bulan Mac 2014. Proses penyelanggaran bangunan SMKOD sedang dilaksanakan dalam tempoh masa 1 bulan ini bagi memastikan keadaan bangunan dan peralatan yang terdapat di SMKOD telah siap sedia diguna untuk operasi pembukaan yang dijangka pada bulan Mac/Jun 2014.








Lawatan Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu ke SMKOD

Tuan Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar dan Pudu (PPW BP) bersama Timbalan Pegawai PPW Bangar dan Pudu telah melakukan lawatan ke SMKOD pada 27 Febrauri 2014 jam 2.30 Ptg. Beliau telah melihat keadaan bangunan dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Lawatan ini berakhir pada jam 3.30 Ptg. Terima kasih Tuan Timbalan kerana telah sudi hadir untuk melawat sekolah ini sebelum pembukaan rasmi yang dijangka pada bulan Mac/ Jun 2014.          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...