Monday 24 June 2019

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Pada hari Jumaat, 19 April 2019, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang yang dijalankan di Dewan Utama bermula jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah. Setelah selesai bacaan doa, semua hadirin bersama-sama mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua dan seterusnya ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YDP PIBG, Encik Mohd Razali b. Baharin. Majlis diteruskan dengan persembahan tayangan multimedia berkenaan dengan aktiviti-aktiviti akademik yang dijalankan sepanjang tahun 2018. 
         Majlis penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan Program Pendidikan Khas, PPKI diikuti oleh anugerah bagi tingkatan 1 serta tingkatan 2. Setelah selesai, para hadirin dihidangkan dengan persembahan tarian tradisional Melayu dan persembahan daripada murid-murid PPKi yang mempersembahkan tarian tradisional Perancis. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi tingkatan 4 yang disampaikan oleh YDP PIBG. Seterusnya penyampaian anugerah bagi PT3 dan anugerah bagi SPM yang disampaikan oleh tetamu jemputan yang mewakili Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hussien, Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada guru. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 11.30 pagi. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...