Monday 23 April 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-5 2018

Pada hari Jumaat, 9 Mac 2018, SMK Orkid Desa telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa SMK Orkid Desa Kali ke-4 bagi tahun 2018. Kejohanan tersebut telah diadakan di sekitar kawasan Taman Rekreasi Alam Damai, Cheras. Murid dan guru mula berkumpul di kawasan parkir taman pada jam 7.20 pagi dan beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Selepas itu, semua guru dan murid memulakan acara dengan sesi memanaskan badan melalui senamrobik yang dikendalikan oleh Puan Noraidawati.  
           Acara pelepasan murid dilaksanakan oleh Tuan Pengetua, Encik Abdul Samad bin Othman dan YDP PIBG, Encik Razali bin Baharin. Murid dilepaskan mengikut kategori iaitu L1, L2, L3, P1, P2 dan P3. Pada jam 10.30 pagi, semua peserta telah selamat tiba di garisan penamat dan berjaya menghabiskan larian tanpa sebarang kecederaan. Majlis penyampaian hadiah dijalankan bermula jam 11.00 pagi di kawasan parkir. Majlis penutupan tersebut dirasmikan oleh YPD PIBG, Encik Razali bin Baharin dan acara tamat sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...