Saturday 19 April 2014

MESYUARAT PENGURUSAN GURU 1/2014 SMK ORKID DESA

SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan mesyuarat pengurusan guru kali pertama tahun 2014 pada 19 April 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SMKOD. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua SMKOD dan hadir bersama ialah PK Tadbir n Kurikulum dan PK KOKO. Kehadiran semua ahli mesyuarat adalah tepat pada masanya. Mesyuarat ini telah membincangkan perancangan aktiviti SMKOD  sepanjang tahun 2014 dan tugas-tugas untuk semua guru dan pentadbir sekolah. Mesyuarat ini telah berakhir pada jam 2 petang. Terima kasih semua dan semuga kita boleh membangunkan SMK Orkid Desa seperti mana yang kita bincangkan. KETEPATAN MASA ADALAH PENTING bagi memastikan moto SMK Orkid Desa tercapai.






Friday 18 April 2014

Persiapan Akhir Bagi Mesyuarat Pengurusan/Guru Bil:1/2014

Mesyuarat pengurusan / guru SMK ORKID DESA akan dijalankan pada 19 April 2014 jam 8.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat utama SMKOD. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama secara formal yang dapat dijalankan walaupun sekolah ini telah bermula operasinya pada 31 Mac 2014. Bagi memastikan mesyuarat esok berjalan lancar, PK (P n K), PK ( KOKO) dibantu oleh PT-PT di unit pentadbiran telah berjaya menghasikan buku pengurusan SMKOD tahun 2014  walaupun terpaksa balik lewat malam. Terima kasih semua, jasa anda tidak akan dilupakan. 



Thursday 17 April 2014

CADANGAN LENCANA SMK ORKID DESA

Hasil daripada kerja sama semua staf SMK Orkid Desa, maka terciptalah satu lencana yang akan melambangkan dan membawa nama SMK Orkid Desa. Lencana ini akan diangkat ke Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan KELULUSAN. Terima Kasih kepada semua warga SMKOD.

Tuesday 15 April 2014

Tenaga Pengajar dan Pentadbiran SMKOD_14 April 2014

Sejumlah 18 Guru dan 3 Pembantu Tadbir telah melaporkan diri di SMK Orkid Desa bagi melaksanakan proses PdP dan Pentadbiran.
Sekolah ini diketuai oleh Pengetua (En. Ahmad Kamil bin. Ibrahim) dan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum (PK PnK) iaitu Pn. Aziah bt. Ahmad dan Penolong Kanan Kokurikulim (PK Koko) iaitu Pn Dahanum Bt. Soyono. PK Hal Ehwal Murid dan Guru Kanan mata pelajaran masih belum dikenalpasti oleh pihah JPWPKL.
Kaki tangan Unit Pentadbiran terdiri daripada Pn. Salizah bt.Mohd Som (PT N17), Pn. Laila Bt. Daud (PM C17) dan Pn. Siti Aishah Bt. Awal (PM C17).
Staf PdP pula terdiri daripada En. Edi A/L Emai, Pn. Salina Bt. Mohd Dahlan, Ahmad Muzamir b. Mohd, Ahmad Nizam b. Ahmad Shukri, Evarina bt. Mohammad, Pn. Hasni Hastuti bt. Ibrahim,
Pn. Hazura Bt. Ismail, Pn. Lim Twan Pei, Pn. Maisyura bt. Mat Saman, Pn. Nor Aidawati bt. Mohamed, Pn. Normazlinda bt. Mohamed Zi, Pn. Normi Bt. Muhammad, Cik Raja Halimah Bt. Raja Yaakop dan Pn. Tuan Ruzana Bt. Tuan Kechik.



 

Monday 7 April 2014

PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA SMKOD

Hari ini 7 April 2014 telah berlangsungnya perhimpunan pagi yang pertama bagi SMKOD. Perhimpunan telah bermula pada jam 7.30 pagi yang didahuli dengan lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan dan diikuti dengan ucapan Pengetua.


Bilangan pelajar yang hadir adalah seramai 20 orang n bilangan guru ialah seramai 12 orang. Perhimpunan ini telah berakhir jam 8.00 pagi.




Friday 4 April 2014

PENDAFTARAN, PEMBELAJARAN DAN PERHIMPUNAN PAGI SMKOD

SMK Orkid Desa telah memulakan sesi persekolahan Tahun 2014 pada 31 Mac 2014. Bilangan pelajar yang telah mendaftar pada hari ini adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Bilangan guru yang telah melaporkan diri pada 31 Mac 2014 adalah seramai 15 orang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...