Wednesday 25 July 2018

PROGRAM RIMUP : JALINAN KASIH AIDILFITRI

Perayaan Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang beragama islam. Kegembiraan tersebut juga turut dikongsi bersama-sama dengan pelbagai lagi kaum-kaum yang lain di seluruh negara. Pihak sekolah juga tidak terlepas untuk meraikan perayaan tersebut dengan seluruh warga SMK Orkid Desa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Hal tersebut terbukti melalui penganjuran Program Rimup : Jalinan Kasih Aidilfitri yang telah dijalankan pada hari Jumaat, 13 Julai 2018. 
           Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mohd Razali b. Baharin dan juga AJK-AJK PIBG. Para hadirin disajikan dengan beberapa persembahan nyanyian lagu yang bertemakan Hari Raya daripada para murid dan guru. Murid dan guru memakai pakaian yang berwarna warni mengikut kaum masing-masing. Acara memotong kek sempena hari lahir guru daripada bulan April hingga Jun diselitkan pada akhir majlis. Setelah aturcara di dewan selesai, para murid dan guru bergerak ke dataran perhimpunan untuk menikmati juadah Hari Raya. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...