Monday 9 November 2015

MAJLIS "HITEA" DI HOTEL SUNWAY PUTRA, KUALA LUMPUR

Pada 7 November 2015 yang lepas, Kelab Guru SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Majlis "HITEA" yang dijalankan bermula jam 12.30 Petang hingga jam 4.00 Petang bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang majlis tersebut termasuk cabutan bertuah, pertandingan ringkas antara guru dan staf serta penyampaian hadiah kepada AJK Kelab Guru. 
          Majlis berjalan lancar dan guru serta staf begitu menikmati majlis yang diadakan secara santai tersebut.




PENGAUDITAN EKSA OLEH WAKIL PPW BANGSAR PUDU

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 6 November 2015, SMK Orkid Desa telah dilawati oleh dua wakil dari PPW Bangsar Pudu bagi menjalankan proses pengauditan amalan EKSA. Proses pengauditan melibatkan semua zon iaitu Zon Ungu, Zon Kuning, Zon Hijau dan Zon Biru yang berfokus kepada bilik-bilik yang digunakan sahaja.
          Secara keseluruhan, sekolah telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Markah yang diperolehi adalah sebanyak 92%. Tahniah diucapkan kepada semua warga SEMORDA yang bertungkus lumus dalam memastikan program tersebut berjalan lancar. 




Monday 12 October 2015

HARI SUKAN NEGARA / MAJLIS ANUGERAH HEM & KOKURIKULUM KALI PERTAMA

Tanggal 10 Oktober 2015, iaitu pada hari Sabtu, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum. Majlis tersebut berjaya mencipta sejarah yang tersendiri kerana ia merupakan Majlis Anugerah yang pertama bagi SMK Orkid Desa. Majlis tersebut dijalankan di Dewan Utama SMK Orkid Desa bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. 
      Sebelum majlis berlangsung, murid dan guru terlebih dahulu menjalankan program sempena Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh negara. murid dan guru mengikuti senaman Circuit Training yang dikendalikan oleh Puan Evarina bt Mohammad. Murid kemudian menyertai acara futsal dan beberapa sukan yang lain. acara tersebut tamat pada jam 9.45 pagi.
      Setelah itu, murid-murid yang terlibat dengan majlis anugerah bersiap sedia di dewan bagi menerima sijil dan anugerah. Majlis dirasmikan oleh Ybhg. Puan Halimah bt. Haron, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL. Majlis itu juga turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Aminuddin Jamal  b. Jamaluddin dan juga para ibu bapa. Majlis penyampaian dimulakan dengan Anugerah EKSA. Kemudian diikuti oleh Anugerah Kokurikulum dan berakhir dengan Anugerah HEM. 
     Anugerah Tokoh Kokurikulum disandang oleh saudari Yasmin bt. Rosli dari kelas 4K bagi kategori Perempuan dan Saudara Dineshwaran Pillay dari kelas 2R bagi kategori Lelaki. Majlis berjalan lancar dan tamat tepat jam 12.00 tengah hari
HARI SUKAN NEGARA
HARI SUKAN NEGARA
HARI SUKAN NEGARA
MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KUKURIKULUM
MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KUKURIKULUM
MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KUKURIKULUM
MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KUKURIKULUM

Wednesday 7 October 2015

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN "SEHATI SEJIWA".

Sambutan Bulan Kemerdekaan dilaksanakan bermula pada 17 Ogos 2015 dan berakhir pada 15 September 2015. Ia melibatkna semua murid, guru dan warga SEMORDA.  Tema bagi sambutan pada tahun ini adalah “Sehati Sejiwa”. Majlis perasmian pembukaan telah diadakan pada  17 Ogos 2015 bertempat di Dewan Utama SMK Orkid Desa. 
      Pelbagai aktiviti telah Berjaya dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan termasuk Pertandingan Kelas Patriotik,  Deklamasi Sajak, Pertandingan Peragaan Pakaian Tradisional dan Pertandingan melukis poster.  Sambutan ambang kemerdekaan telah dilaksanakan pada 28 Ogos 2015 bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan diadakan pada 18 September 2015 di Dewan Utama SEMORDA.







Thursday 20 August 2015

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM

Pada hari rabu yang lalu bersamaan dengan 19 Ogos 2015, Unit Kokurikulum SEMORDA telah menjalankan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform peringkat sekolah. Pertandingan tersebut julung kali diadakan dan mencatat nama dalam sejarah sekolah. Pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi di tapak perhimpunan sekolah dan disertai oleh 5 badan beruniform termasuk Pasukan Kadet Bomba, Pasukan KRS, Pasukan Kadet Polis, Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
      Pertandingan tersebut dihakimi oleh hakim jemputan iaitu Pegawai Polis daripada IPD Cheras dan Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Cheras. Kelima-lima pasukan menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat berpasukan semasa pertandingan dijalankan.
     Majlis penutup dijalankan pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang dan acara penutup dirasmikan oleh En. Aminuddin Jamal bin Jamaluddin, YDP PIBG SEMORDA. Juara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki adalah pasukan KRS dan diikuti tempat kedua iaitu Pasukan Pandu Puteri. Pasukan Kadet Polis merangkul tempat ketiga. tempat keempat dimenangi oleh pasukan PBSM dan Pasukan Kadet Bomba mendapat tempat terakhir iaitu tempat kelima. Majlis tamat sepenuhnya pada jam 4.00 petang dan murid pulang ke rumah pada jam 4.30 petang










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...