Thursday 11 December 2014

LOGO RASMI EKSA SMK ORKID DESA DAN PENERANGAN


PENERANGAN WARNA

BIRU
-          Ketenangan, kedamaian serta cinta akan alam sekitar.
-          Keikhlasan warga sekolah dan JPWPKL dalam melaksanakan EKSA.
-          Harapan pihak sekolah dan JPWPKL agar EKSA terlaksana dalam tempoh masa yang ditetapkan.

HIJAU
-          Pemuliharaan, pengekalan dan penghargaan terhadap alam sekitar.

MERAH
-          Semangat waja, simbol kekuatan dan kesepakatan dalam melaksanakan EKSA.

KUNING
-          Kegembiraan dan keceriaan dalam melaksanakan serta membudayakan EKSA di sekolah.
-          Persediaan sekolah ke arah negara maju.

UNGU
-          Warna korporat SMK Orkid Desa dan simbol tranformasi sekolah dalam pelaksanaan EKSA.

PENERANGAN SIMBOL

5 KELOPAK BUNGA ORKID
-          Sempena dengan nama sekolah iaitu SMK Orkid Desa.

-          5 elemen dalam pelaksanaan EKSA.

Wednesday 10 December 2014

MAJLIS PELANCARAN EKSA (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)

Pada 15 November 2014 iaitu pada hari sabtu yang lalu. SMK Orkid Desa telah mengadakan majlis pelancaran EKSA dan 5S. SMK Orkid Desa adalah salah sebuah sekolah yang dipilih dalam program "Grooming Of School" sebagai sekolah perintis EKSA. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam iaitu sebuah program yang dijalankan untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih, selesa serta kondusif.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Mustafa bin Majid, Timbalan Pegawai Pendidikan PPW bangsar & Pudu. Program berjalan lancar dan semua murid serta guru sangat komited dalam melaksanakan program ini.



Tuan Pengetua menerangkan sesuatu kepada Timb. Pegawai Pend. PPW Bangsar & Pudu
Barisan AJK PIBG yang hadir bersama-sama dalam program EKSA
"Backdrop" majlis perasmian
Barisan hadirin yang hadir bersama-sama menjayakan majlis
Ucapan oleh Tuan Pengetua
Ucapan oleh Ybhg Tuan Haji Mustafa Bin Majid
Tuan Haji Mustafa merasmikan majlis pelancaran EKSA SMK Orkid Desa
Tuan Haji Mustafa melaksanakan upacara menanam pokok
Tuan Haji Mustafa melaksanakan upacara menanam pokok
Tuan Pengetua melaksanakan upacara menanam pokok
Murid bersemangat dalam membantu membersihkan kawasan sekolah
Sifat mulia yang ditonjolkan oleh murid SMK Orkid Desa dalam menceriakan sekolah
Guru dan AJK PIBG bergambar kenangan untuk diabadikan dalam album sekolah



Tuesday 4 November 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


Murid SMKOD menyanyikan lagu 31 Ogos dengan penuh bersemangat
Penyerahan Jalur Gemilang kepada Tuan Pengetua

Pasukan koir sekolah  mengetuai nyanyian lagu patriotik

Warga pendidik SMKOD mengibarkan Jalur Gemilng

Pertandingan Peragaan Pakaian Pelbagai kaum mendapat sambutan yang menggalakkan

Pertandingan Fotografi yang bertemakan semangat patriotik

Pertandingan Fotografi

Murid daripada tingkatan 2 memperagakan pakaian kaum masing-masing.

Barisan murid yang menyertai pertandingan fotografi

Barisan juri dan pengkritik pertandingan nyanyian lagu patriotik

Murid tingkatan dua memperembahkan lagu patriotik

pelbagai gaya persembahan dipaparkan oleh peserta pertandingan.

Thursday 9 October 2014

MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI

Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri peringkat sekolah SMKOD telah diadakan pada 15 Ogos tahun 2014. Majlis ini diadakan di Dewan Utama dan disertai oleh semua warga SMKOD termasuk murid, guru dan staf sekolah. Turut dijemput untuk memeriahkan majlis ini adalah YPD PIBG dan beberapa orang AJK PIBG.

        Majlis ini berlangsung dengan meriah dan penuh dengan keakraban tidak mengira kaum dan latar belakang. Pelbagai juadah yang menyelerakan disediakan di meja khas dan kebanyakan makanan tersebut dibawa sendiri oleh guru dan murid. Guru dan murid juga memeriahkan lagi majlis tersebut dengan menyampaikan beberapa persembahan termasuk  nyanyian lagu hari raya dan persembahan tarian.

        Murid digalakkan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing bagi menunjukkan identiti pelbagai kaum yang unik dalam kalangan mereka. Majlis tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Barisan pendidik SMKOD bergambar bersama.

Murid pelbagai kaum memakai pakaian tradisional kaum masing-masing

Suasana dewan yang meriah dan ceria.

Murid india kelihatan cantik apabila memakai Sari.

Guru dan tetamu jemputan mengambil juadah yang terhidang.

Tuan Pengetua bersama dengan Tetamu Jemputan.

Guru-guru SMKOD yang sentiasa ceria bersama-sama menjamu selera.

Persembahan nyanyian daripada murid tingkatan 2.

Thursday 11 September 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

Pada 11 ogos 2014, Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya menyempurnakan Majlis Pelantikan Pengawas SMK Orkid Desa bagi tahun 2014. Pelantikan ini disempurnakan oleh Ketua Balai Polis Cheras, ASP Nahar B. Yamin. Murid yang dilantik terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas SPBT.

Nyanyian lagu Negaraku

Bacaan Ikrar

Ikrar murid

Dari kiri : Pengetua SMKOD, Ketua Balai Polis Cheras, YDP PIBG.

Ucapan Perasmian oleh Ketua Balai Polis Cheras, ASP Nahar B. Yamin

Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah

Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber

Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas SPBT

Ikrar Pengawas SPBT diketuai oleh Saudara Adam dari kelas 4P

Ikrar Pengawas Pusat Sumber diketuai oleh saudara Aiman dari kelas 4S

Ikrar Pengawas Sekolah diketuai oleh saudari Syafirah Syafiqah dari kelas 4S

Penyampaian cenderamata kepada ASP Nahar Bin Yamin




Wednesday 27 August 2014

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Minggu Sains dan Matematik diadakan pada 7 Julai 2014 sehingga 11 Julai 2014. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Orkid Desa, En. Ahmad Kamil b. Ibrahim.

Minggu Sains dan Matematik dimulakan dengan perhimpunan rasmi, kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua. Setelah selesainya ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian. Gimik perasmian, model gunung berapi disediakan oleh En. Ahmad Muzamir b. Mohd. Setelah selesainya gimik perasmian, majlis diteruskan dengan tayangan video ‘Science Discovery’ yang disediakan oleh Pn. Hasni Hastuti bt. Ibrahim. Majlis diakhiri dengan Kuiz Sains yang diberi oleh Pn. Lim Twan Pei.

Pada hari Selasa, 8 Julai 2014, program diteruskan dengan Kuiz Matematik yang dikendalikan oleh Pn. Hasni Hastuti bt. Ibrahim sewaktu perhimpunan pagi.

Seterusnya, pada hari ketiga 9 Julai 2014, program diteruskan dengan pertandingan mencipta roket air dan Kuiz ‘Science is Fun’ yang dikendalikan oleh En. Ahmad Muzamir b. Mohd.

Pada hari Khamis 10 Julai 2014 pelajar dari kelas 4 Sains, Nur Shafirah Shafiqah bt. Sulaiman mendeklamasikan Sajak Sains dan pada hari terakhir Minggu Sains dan Matemetik 2014, Jumaat 11 Julai 2014 program diteruskan dengan Permainan Sudoku yang dikendalikan oleh Pn. Maisyura bt. Mat Saman.

Barisan Pentadbir dan Guru

Pengetua menyempurnakan gimik perasmian

Model letusan gunung berapi sebagai gimik perasmian

Aktiviti "Science Is Fun". Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan video.

Cikgu Muzamir (KP Sains) menjalankan aktiviti "Kuiz Sains".

Wakil murid mendeklamasi sajak bertemakan sains yang bertajuk "Aku Hidup Dalam Igauan".

Pertandingan SUDOKU

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...