Wednesday 27 August 2014

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Minggu Sains dan Matematik diadakan pada 7 Julai 2014 sehingga 11 Julai 2014. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Orkid Desa, En. Ahmad Kamil b. Ibrahim.

Minggu Sains dan Matematik dimulakan dengan perhimpunan rasmi, kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua. Setelah selesainya ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian. Gimik perasmian, model gunung berapi disediakan oleh En. Ahmad Muzamir b. Mohd. Setelah selesainya gimik perasmian, majlis diteruskan dengan tayangan video ‘Science Discovery’ yang disediakan oleh Pn. Hasni Hastuti bt. Ibrahim. Majlis diakhiri dengan Kuiz Sains yang diberi oleh Pn. Lim Twan Pei.

Pada hari Selasa, 8 Julai 2014, program diteruskan dengan Kuiz Matematik yang dikendalikan oleh Pn. Hasni Hastuti bt. Ibrahim sewaktu perhimpunan pagi.

Seterusnya, pada hari ketiga 9 Julai 2014, program diteruskan dengan pertandingan mencipta roket air dan Kuiz ‘Science is Fun’ yang dikendalikan oleh En. Ahmad Muzamir b. Mohd.

Pada hari Khamis 10 Julai 2014 pelajar dari kelas 4 Sains, Nur Shafirah Shafiqah bt. Sulaiman mendeklamasikan Sajak Sains dan pada hari terakhir Minggu Sains dan Matemetik 2014, Jumaat 11 Julai 2014 program diteruskan dengan Permainan Sudoku yang dikendalikan oleh Pn. Maisyura bt. Mat Saman.

Barisan Pentadbir dan Guru

Pengetua menyempurnakan gimik perasmian

Model letusan gunung berapi sebagai gimik perasmian

Aktiviti "Science Is Fun". Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan video.

Cikgu Muzamir (KP Sains) menjalankan aktiviti "Kuiz Sains".

Wakil murid mendeklamasi sajak bertemakan sains yang bertajuk "Aku Hidup Dalam Igauan".

Pertandingan SUDOKU

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Wednesday 20 August 2014

ACARA MERENTAS DESA

Pada 28 Julai yang lalu, SMK Orkid Desa telah menjalankan Acara Merentas Desa peringkat sekolah. Ia melibatkan pelajar pelajar SMKOD sebagai peserta dan guru-guru yang bertindak sebagai AJK Pelaksana. Pelajar dibahagikan mengikut kategori iaitu L1, L2, P1 dan P2.

Acara ini dijalankan di Taman Rekreasi Alam Damai, Cheras. Pelajar berkumpul di taman pada jam 7.30 pagi dan acara berakhir sepenuhnya pada jam 11.00 pagi. perjalanan acara lancar dan tiada sebarang masalah yang timbul.







Monday 18 August 2014

BENGKEL I-THINK

Pada 21 Jun iaitu hari Sabtu. SMKOD telah mengadakan bengkel I-think yang melibatkan semua murid. bengkel ini dikendalikan oleh En. Edi a/l Emai yang merupakan JK Ithink sekolah dibantu oleh guru-guru yang lain. Bengkel ini dijalankan di Ruangan Serbaguna. Bengkel ini berjalan dengan lancar.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...