Monday 16 February 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SMK Orkid Desa diadakan pada 16 hb Januari 2015 pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
       Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya murid murid Tingkatan 1 memimpin bacaan selawat. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Azham bin Wan Zainal Abidin dari SK Sungai Kantan.
       Soalan kuiz spontan diajukan kepada murid murid selepas mendengar ceramah. 
Majlis diakhiri dengan alunan qasidah oleh murid murid perempuan Tingkatan 4.







Friday 13 February 2015

PROGRAM LDP DI PULAU LANGKAWI

Atas inisiatif pihak sekolah, Kelab Guru dan Staf SMK Orkid Desa telah menjalankan
Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP Bil 4 di Langkawi iaitu Program Pengurusan Protokol Majlis Rasmi dan Lawatan Penanda Aras EKSA di MRSM Langkawi di samping beberapa aktiviti Kajian Lapangan Geografi di sekitar tempat-tempat menarik di Langkawi.

       Sekalipun begitu, program LADAP di Langkawi telah berjaya membuka perspektif baru kepada semua guru dan staf SMK Orkid Desa mengenai pengurusan protokol majlis rasmi dan pengurusan EKSA di sekolah. Program seumpama ini patut dikembang-giatkan lagi di masa akan datang.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...