Monday 18 November 2019

PROGRAM RIMUP ; SAMBUTAN DEEPAVALI

Pada Hari Khamis, 24 Oktober 2019 yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu Sambutan Hari Deepavali peringkat sekolah sempena perayaan Deepavali yang disambut oleh masyarakat yang beragama hindu. Program tersebut diadakan di Dewan Utama bermula jam 10.30 pagi. Sambutan tersebut membuktikan bahawa warga SMK Orkid Desa mengamalkan sikap kebersamaan dan bersatu-padu dalam meraikan perayaan kaum-kaum utama dalam negara kita walaupun terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan. 
           Pelbagai persembahan dipersembahkan kepada hadirin termasuk tarian tradisional kaum india, tarian kontemporari, persembahan nyanyian serta pertunjukan fesyen pakaian tradisional. Semua hadirin terpukau dengan keunikan yang ditampilkan dalam sambutan pada tahun ini. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.












Tuesday 5 November 2019

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKURIKULUM

Pada hari Ahad, 20 Oktober 2019 yang lalu, Unit HEM dan Kokurikulum SMK Orkid Desa sekali lagi telah berjaya berkolaborasi untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama bermula jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Inspektor Syamim Bin Ahmad Safawi, Pegawai Perhubungan Sekolah. Majlis tersebut juga dihadiri oleh YDP PIBG, Encik Mohd Razali Bin Baharin serta beberapa AJK PIBG. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu  Kebangsaan dan diikuti oleh bacaan doa. Selepas itu, para hadirin bersama-sama mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua, YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Inspektor Syamim Bin Ahmad Safawi. 
             Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan anugerah Hal Ehwal Murid dan diikuti oleh penyampaian anugerah Kokurikulum. Acara penyampaian anugerah diselangi dengan beberapa persembahan termasuk tarian tradisional dan persembahan nyanyian oleh murid-murid SMK Orkid Desa. Acara berlangsung dengan lancar dan majlis tamat sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.













Friday 1 November 2019

MAJLIS RESTU ILMU PT3 DAN SPM

Sekitar majlis restu ilmu sempena peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelang.

Tarikh / Masa : 27 September 2019 (7.30 - 8.30 Pagi)
Ruang Serbaguna, SMK Orkid Desa















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...