Thursday 11 December 2014

LOGO RASMI EKSA SMK ORKID DESA DAN PENERANGAN


PENERANGAN WARNA

BIRU
-          Ketenangan, kedamaian serta cinta akan alam sekitar.
-          Keikhlasan warga sekolah dan JPWPKL dalam melaksanakan EKSA.
-          Harapan pihak sekolah dan JPWPKL agar EKSA terlaksana dalam tempoh masa yang ditetapkan.

HIJAU
-          Pemuliharaan, pengekalan dan penghargaan terhadap alam sekitar.

MERAH
-          Semangat waja, simbol kekuatan dan kesepakatan dalam melaksanakan EKSA.

KUNING
-          Kegembiraan dan keceriaan dalam melaksanakan serta membudayakan EKSA di sekolah.
-          Persediaan sekolah ke arah negara maju.

UNGU
-          Warna korporat SMK Orkid Desa dan simbol tranformasi sekolah dalam pelaksanaan EKSA.

PENERANGAN SIMBOL

5 KELOPAK BUNGA ORKID
-          Sempena dengan nama sekolah iaitu SMK Orkid Desa.

-          5 elemen dalam pelaksanaan EKSA.

Wednesday 10 December 2014

MAJLIS PELANCARAN EKSA (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)

Pada 15 November 2014 iaitu pada hari sabtu yang lalu. SMK Orkid Desa telah mengadakan majlis pelancaran EKSA dan 5S. SMK Orkid Desa adalah salah sebuah sekolah yang dipilih dalam program "Grooming Of School" sebagai sekolah perintis EKSA. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam iaitu sebuah program yang dijalankan untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih, selesa serta kondusif.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Mustafa bin Majid, Timbalan Pegawai Pendidikan PPW bangsar & Pudu. Program berjalan lancar dan semua murid serta guru sangat komited dalam melaksanakan program ini.



Tuan Pengetua menerangkan sesuatu kepada Timb. Pegawai Pend. PPW Bangsar & Pudu
Barisan AJK PIBG yang hadir bersama-sama dalam program EKSA
"Backdrop" majlis perasmian
Barisan hadirin yang hadir bersama-sama menjayakan majlis
Ucapan oleh Tuan Pengetua
Ucapan oleh Ybhg Tuan Haji Mustafa Bin Majid
Tuan Haji Mustafa merasmikan majlis pelancaran EKSA SMK Orkid Desa
Tuan Haji Mustafa melaksanakan upacara menanam pokok
Tuan Haji Mustafa melaksanakan upacara menanam pokok
Tuan Pengetua melaksanakan upacara menanam pokok
Murid bersemangat dalam membantu membersihkan kawasan sekolah
Sifat mulia yang ditonjolkan oleh murid SMK Orkid Desa dalam menceriakan sekolah
Guru dan AJK PIBG bergambar kenangan untuk diabadikan dalam album sekolah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...