Tuesday 5 June 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini diraikan dengan penuh keceriaan dan warna-warni. Tema hari guru pada tahun ini adalah 'Guru Pencetus Transformasi Pendidikan'. Guru-guru SMK Orkid Desa sentiasa komited untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Hal tersebut terbukti apabila setiap guru memakai pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu "Modern Arabic". Majlis tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 16 Mei 2018 di Dewan Utama SMK Orkid Desa. 
          Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mohd Razali b. Baharin dan juga AJK PIBG yang lain. Pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan oleh murid dan guru termasuk nyanyian, tarian kontemporari dan teater. Acara sukaneka guru turut dijalankan termasuk Musang Berjanggut, Tiup Belon dan Hiasan Bento. Majlis ditutup dengan acara penyampaian hadiah. Penyampaian anugerah guru turut dijalankan termasuk guru paling kreatif, guru paling penyayang dan sebagainya. Majlis sambutan berjalan dengan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 1.00 tengah hari. Setelah tamat, semua guru dan para jemputan bergerak ke Ruang Serbaguna untuk menikmati jamuan.








Friday 1 June 2018

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KOKURIKULUM

Pada 4 hingga 6 Mei yang lalu, Unit HEM serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan Pengawas dan Kokurikulum bagi tahun 2018. Kursus tersebut diadakan di Chalet Desa Bagan, Bagan Lalang yang melibatkan 40 orang Pengawas Sekolah dan AJK tertinggi Pasukan Badan Beruniform. Kursus tersebut dikendalikan oleh konsultan yang dijemput untuk menjalankan aktiviti-aktiviti serta LDP sepanjang tiga hari dua malam tersebut. Antara objektif yang digariskan adalah untuk melahirkan barisan pengawas dan murid yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, berkeyakinan dan serba boleh. 
       Terdapat banyak slot aktiviti yang menarik dijalankan semasa kursus tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah slot LDP, ice-breaking, night walk, jungle trekking dan sebagainya. Semua peserta menunjukkan sikap yang amat baik dan positif sepanjang kursus tersebut serta melibatkan diri dengan aktif. Para peserta kursus diharapkan supaya dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa kursus apabila menjalankan tugas di sekolah nanti. Kem kepimpinan berjalan lancar dan murid pulang ke sekolah pada 9 April jam 3.00 petang setelah selesai acara penutup dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh PK Kokurikulum, En. Azmi b. Mohd Isa.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...