Wednesday 27 July 2016

PROGRAM RIMUP: JALINAN KASIH AIDILFITRI

Pada hari Jumaat, 22 Julai 2016, SMK Orkid Desa telah mengadakan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu Sambutan Perayaan Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi. Ia melibatkan semua guru, staf dan murid. YDP PIBG dan beberapa AJK PIBG turut hadir untuk memeriahkan majlis. 
          Program tersebut dijalankan di Dewan Utama SMK Orkid Desa. Semua guru, murid dan AJK PIBG yang hadir memakai pakaian yang berwarna-warni. Terdapat juga murid yang memakai pakaian tradisional kaum masing-masing. Pelbagai juadah telah dihidangkan dan terdapat juga makanan-makanan lain yang dibawa oleh guru dan murid. Hadirin juga dihiburkan oleh persembahan sketsa dan nyanyian daripada murid dan guru. Majlis berjalan lancar dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.









HARI BICARA AKADEMIK 2016

Pada hari Khamis, 21 Julai 2016, SMK Orkid Desa telah menjalankan program Hari Bicara Akademik bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Murid hadir ke sekolah seperti biasa manakala ibu bapa mula hadir ke sekolah pada jam 8.00 pagi setelah sesi pendaftaran bermula. 
      Ibu bapa yang hadir terus bergerak ke kelas bagi mengambil kad laporan anak masing-masing di samping membincangkan tentang akademik dan sahsiah anak mereka bersama guru kelas. Setelah selesai, ibu bapa atau pengjaga yang hadir pulang bersama-sama dengan anak masing-masing. 






Wednesday 13 July 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SALAM LEBARAN


SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, SMK Orkid Desa telah melaksanakan Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa pada Jumaat, 24 Jun 2016 bertempat di Dewan Utama. Majlis bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah. Antara jemputan yang hadir adalah Ahli Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia serta penasihatnya iaitu, ACP (B) Tuan Abd. Wahab b. Harun. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan ASP Asri b. Jamaluddin serta isteri dan Dato' Seri Dr. Saharuddin b. Awang Yahya.
       Sebelum majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mendengar ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Rusdi b. Long. Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin menikmati hidangan berbuka puasa yang telah disediakan sambil menikmati persembahan nasyid yang disampaikan kumpulan nasyid sekolah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak fakir dan miskin. sumbangan telah disampaikan oleh ACP (B) Tuan Abd. Wahab b. Harun.
       Para hadirin seterusnya bergerak ke surau sekolah untuk solat maghrib, solat hajat, solat isyak dan solat tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Rusdi b. Long. Majlis berjalan lancar dan berakhir pada jam 10.30 malam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...