Friday 9 August 2019

RIMUP : MAJLIS JALINAN AIDILFITRI


Pada hari Jumaat, 21 Jun 2019 yang lalu, SMK Orkid Desa telah menganjurkan Program Rimup : Jalinan Kasih Aidilfitri Perayaan Aidilfitri. Pada tahun ini perayaan terebut disambut dengan penuh kemeriahan oleh semua lapisan masyarakat terutama yang beragama islam. Pihak sekolah juga tidak terlepas untuk meraikan perayaan tersebut dengan seluruh warga SMK Orkid Desa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mohd Razali b. Baharin dan juga AJK-AJK PIBG. Para hadirin disajikan dengan beberapa persembahan nyanyian lagu yang bertemakan Hari Raya daripada para murid dan guru. Murid dan guru memakai pakaian yang berwarna warni mengikut kaum masing-masing. Setelah aturcara di dewan selesai, para murid dan guru bergerak ke kelas masing-masing untuk persedian jamuan hari raya. 
        Majlis tersebut juga diselit dengan Majlis Perpisahan sempena perpindahan En. Azmi Bin Mohd Isa, Mantan PK Kokurikulum SMK Orkid Desa ke Victoria Institution (VI). Guru dan murid mengambil peluang untuk menyampaikan cenderamata kepada Encik Azmi. Tahun ini merupakan tahun pertama majlis jamuan hari raya diadakan di bilik darjah. Setiap murid membawa makanan masing-masing untuk dihidangkan semasa jamuan. Kemeriahan hari raya sangat dirasai dan dinikmati oleh semua warga Orkid Desa. Program berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...