Thursday 9 July 2020

JADUAL WAKTU EDISI 4 (PKPP) - KELAS

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SILA PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN
APABILA BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH.
SENTIASA AMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
BAGI MEMUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.

SEMOGA KITA SEMUA DIJAUHKAN DARIPADA WABAK INI.

JADUAL WAKTU EDISI 4.2020 (PKPP)
BAGI TINGKATAN 1 - 5
AKAN BERKUATKUASA BERMULA PADA

RABU (15 JULAI 2020)

MURID BOLEH MERUJUK JADUAL WAKTU KELAS MASING-MASING SERTA JADUAL PECAHAN MASA PERSEKOLAHAN MELALUI PAUTAN DI BAWAH.


Monday 22 June 2020

JADUAL WAKTU EDISI 3.2020 PKPP - KELAS

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

SILA PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN 
APABILA BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH

JADUAL WAKTU EDISI 3.2020 (PKPP)
AKAN BERKUATKUASA BERMULA
RABU(24 JUN 2020)

MURID BOLEH MERUJUK JADUAL WAKTU KELAS MASING-MASING
MELALUI PAUTAN DI BAWAH.

Sunday 15 March 2020

JADUAL WAKTU 2020 EDISI 2 (KELAS)


JADUAL INI AKAN BERKUATKUASA BERMULA
ISNIN (23 MAC 2020)

MURID BOLEH MERUJUK JADUAL WAKTU KELAS MASING-MASING
MELALUI PAUTAN DI BAWAH.

Tuesday 3 March 2020

RIMUP 1 : SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

Pada hari Rabu, 22 Januari yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Program RIMUP Tahun Baharu Cina peringkat sekolah. Majlis sambutan tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya masyarakat berbangsa Cina dan upacara sambutan Tahun Baru Cina. Program tersebut juga dapat merapatkan silaturrahim antara warga sekolah yang berbilang kaum. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama SMK Orkid Desa bermula jam 7.35 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Razali Bin Baharin, YDP PIBG SMK Orkid Desa. Selepas selesai upacara perasmian, para hadirin dihidangkan dengan beberapa persembahan termasuk persembahan nyanyian, Tarian Moden, Tarian Tradisional, Alunan Biola, Wushu,  Tarian Gimnastik Kontemporari, Koir dan tarian singa. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.








Wednesday 26 February 2020

PENDAFTARAN KOKURIKULUM

Pada hari Rabu, 8 Januari 2020 Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan sesi taklimat dan Pendaftaran unit kokurikulum termasuk Pasukan Beruniform, Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. Sesi tersebut dijalankan bermula jam 7.35 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Sesi pendaftaran dijalankan serentak bagi semua unit kokurikulum termasuk sukan dan permainan, Badan Beruniform serta Kelab dan Persatuan. Program berjalan lancar dan berakhir sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.








Tuesday 25 February 2020

ORIENTASI MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2020

Pada hari Selasa, 31 Disember 2019, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan 1. Program tersebut diadakan di ruang serbaguna bermula jam 8.00 pagi. Ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi memperkenalkan barisan pentadbir serta mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua. Murid-murid yang berada di Ruang Serbaguna dikendalikan oleh Guru Kaunseling iaitu Puan Nor Aidawati. Setelah selesai, murid-murid tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama ibu bapa untuk sesi perjumpaan bersama dengan guru kelas. Selepas itu, murid-murid bergerak ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi sekolah. Program selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...