Wednesday 27 September 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Jumaat 26 Mei 2017, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertemakan “Pakaian Tradisional Mengikut Negeri”. Kemeriahan Hari Guru pada tahun ini terserlah apabila guru-guru SMK Orkid Desa mengenakan pakaian tradisional mengikut negeri-negeri di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kebudayaan dan pelbagai suku kaum termasuk Sabah dan Sarawak. 
       Pengetua juga tidak ketinggalan mengenakan pakaian Baju Melayu yang lengkap termasuk samping dan songkok. Sehari sebelumnya iaitu pada hari Khamis, 25 Mei 2017, guru-guru serta murid telah menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan hari guru termasuk pertandingan permainan tradisional, perlawanan futsal serta bola jaring. Sambutan pada tahun ini sangat meriah dan mendapat penglibatan yang baik daripada semua pihak termasuk guru, murid dan AJK PIBG. Sambutan berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
       














Tuesday 26 September 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP), PORT DICKSON.

Tugas seorang guru tidak terbatas dalam mendidik sahaja malah guru juga terpaksa melaksanakan pelbagai lagi tugas sampingan termasuk pengurusan kelas, kokurikulum dan program-program sekolah. Oleh itu, guru merupakan individu yang sering menghadapi masalah tekanan. Bagi mengurangkan masalah tersebut, Kelab Guru SMK Orkid Desa telah merancang dan melaksanakan Aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di luar kawasan sekolah iaitu di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 13 – 14 Mei 2017. 
        Sepanjang 2 hari 1 malam tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk pertandingan bola tampar pantai, tangkap belon dengan kain, pecahkan belon dan sukaneka kanak-kanak. Acara-acara tersebut dilaksanakan pada waktu petang bermula jam 6.00. Suasana sekitar kawasan tepi pantai tersebut amat meriah dengan hilai tawa guru-guru serta staf yang menyertai acara. 
       Acara penutup dan penyampaian hadiah dilaksanakan bermula jam 8.00 malam. Semua hadirin menikmati jamuan makan malam secara buffet dan acara tamat sepenuhnya pada jam 11.00 malam. LDP dilaksanakan pada hari terakhir bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program berjalan lancar dan berakhir sepenuhnya pada jam 1.00 petang.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...