Minggu Sains dan Matematik diadakan
pada 7 Julai 2014 sehingga 11 Julai 2014. Program ini telah dirasmikan oleh
Pengetua SMK Orkid Desa, En. Ahmad Kamil b. Ibrahim.
Minggu Sains dan Matematik dimulakan
dengan perhimpunan rasmi, kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan
Pengetua. Setelah selesainya ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan gimik
perasmian. Gimik perasmian, model gunung berapi disediakan oleh En. Ahmad
Muzamir b. Mohd. Setelah selesainya gimik perasmian, majlis diteruskan dengan
tayangan video ‘Science Discovery’ yang disediakan oleh Pn. Hasni Hastuti bt.
Ibrahim. Majlis diakhiri dengan Kuiz Sains yang diberi oleh Pn. Lim Twan Pei.
Pada hari Selasa, 8 Julai 2014,
program diteruskan dengan Kuiz Matematik yang dikendalikan oleh Pn. Hasni
Hastuti bt. Ibrahim sewaktu perhimpunan pagi.
Seterusnya, pada hari ketiga 9 Julai
2014, program diteruskan dengan pertandingan mencipta roket air dan Kuiz
‘Science is Fun’ yang dikendalikan oleh En. Ahmad Muzamir b. Mohd.
Pada hari Khamis 10 Julai 2014
pelajar dari kelas 4 Sains, Nur Shafirah Shafiqah bt. Sulaiman mendeklamasikan
Sajak Sains dan pada hari terakhir Minggu Sains dan Matemetik 2014, Jumaat 11
Julai 2014 program diteruskan dengan Permainan Sudoku yang dikendalikan oleh
Pn. Maisyura bt. Mat Saman.
|
Barisan Pentadbir dan Guru |
|
Pengetua menyempurnakan gimik perasmian |
|
Model letusan gunung berapi sebagai gimik perasmian |
|
Aktiviti "Science Is Fun". Murid menjawab soalan kuiz berdasarkan video. |
|
Cikgu Muzamir (KP Sains) menjalankan aktiviti "Kuiz Sains". |
|
Wakil murid mendeklamasi sajak bertemakan sains yang bertajuk "Aku Hidup Dalam Igauan". |
|
Pertandingan SUDOKU |
|
Penyampaian hadiah kepada pemenang. |
No comments:
Post a Comment