Wednesday 24 January 2018

PENDAFTARAN UNIT KOKURIKULUM

SMK Orkid Desa sentiasa mengamalkan sifat keterbukaan dalam pelbagai aspek. Hal tersebut dapat dibuktikan apabila pada setiap tahun murid diberikan peluang untuk memilih Unit Kokurikulum masing-masing. Pada tahun ini, sesi pendaftaran unit kokurikulum dijalankan selama tiga hari iaitu bermula pada 9 Januari hingga 11 Januari 2018. Sesi tersebut dijalankan bermula jam 7.35 pagi dan berakhir pada jam 9.35 pagi. 
      Pada hari pertama, sesi pendaftaran bagi sukan dan permainan dijalankan manakala hari kedua diteruskan dengan pendaftaran bagi Badan Beruniform. Sesi pendaftaran bagi Kelab dan Persatuan dijalankan pada hari terakhir. Selepas sesi pendaftaran, setiap unit berkumpul di tempat yang telah ditetapkan untuk menjalankan mesyuarat agung dan perlantikan AJK. Program berjalan lancar dan murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk menyertai unit kokurikulum masing-masing.




Friday 12 January 2018

HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2018

Pada hari Khamis, 28 Disember 2018, SMK Orkid Desa telah mengadakan Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4. Majlis tersebut diadakan bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Utama bagi murid tingkatan 1 dan di Ruang Serbaguna bagi murid tingkatan 4. Ibu, bapa dan penjaga kepada murid tingkatan 1 yang hadir mendaftarkan kehadiran masing-masing di meja pendaftaran dan terus bergerak ke Dewan Utama. Semasa majlis tersebut, para ibu bapa diperkenalkan dengan barisan pentadbir serta mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua. Murid-murid pula berada di Ruang Serbaguna untuk mendengar taklimat daripada Puan Aidawati, Kaunselor sekolah. Setelah selesai, murid-murid tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama-sama ibu bapa untuk berjumpa dengan guru kelas. Sebelum pulang, murid-murid bergerak ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi sekolah. Murid-murid tingkatan 4 mendengar taklimat daripada setiap Ketua Panitia tentang mata pelajaran yang akan dipelajari. Majlis selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...