Friday 10 November 2017

HARI ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM

Pada hari Rabu, 4 Oktober 2017 yang lalu SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Hari Anugerah Hal Ehwal murid dan Kokurikulum. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama bermula jam 8.30 pagi hingga 10.50 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Normalis Binti Mohd Annuar, Penolong Pengarah Koakademik, Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPWPKL. Pihak sekolah telah menjemput beliau untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. ia turut dihadiri oleh YDP PIBG, Encik Razali Bin Baharin serta beberapa AJK PIBG.             
           Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu  Kebangsaan dan diikuti oleh bacaan doa. Selepas itu, para hadirin bersama-sama mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua, YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Puan Normalis Binti Mohd Annuar. Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan anugerah Hal Ehwal Murid dan diikuti oleh penyampaian anugerah Kokurikulum. Acara penyampaian diselangi dengan persembahan dikir barat dan persembahan nyanyian solo oleh pelajar-pelajar SMK Orkid Desa. Acara berlangsung dengan meriah dan lancar. Majlis tamat sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...