Thursday 16 May 2019

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-5

Pada hari Rabu 10 April 2019, Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform peringkat sekolah. Pertandingan tersebut dijalankan di tapak perhimpunan sekolah bermula pada jam 8.00 pagi . Pertandingan tersebut disertai oleh Badan Unit Beruniform termasuk Pasukan Kadet Bomba, Pasukan KRS, Pasukan Kadet Polis, Pandu Puteri, Puteri Islam, Pertubuhan Pengakap, Kadet Pertahanan Awam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. 
              Pertandingan kawad kaki dimulakan dengan Pasukan PBSM yang mempersembahkan kawad statik, kawad dinamik serta kawad formasi. Pertandingan tersebut telah dihakimi oleh hakim jemputan iaitu Pegawai Polis daripada IPD Cheras dan Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Cheras. Majlis penutup dijalankan pada sebelah petang bermula jam 3.30 petang dan dirasmikan oleh En. Razali Bin Baharin, YDP PIBG. Juara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki adalah pasukan Kadet Bomba dan diikuti tempat kedua iaitu Pasukan Kadet Polis. Pasukan Pandu Puteri merangkul tempat ketiga. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 4.30 petang.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...