Thursday 9 August 2018

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Rabu 25 Julai 2018, Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Kali Ke-4 peringkat sekolah. Pertandingan kawad kaki dimulakan dengan Pasukan Puteri Islam yang mempersembahkan kawad statik, kawad dinamik serta kawad formasi. Pertandingan kawad tersebut telah disaksikan lebih 500 orang penonton termasuk guru, pelajar dan AJK PIBG. Pertandingan tersebut dijalankan di tapak perhimpunan sekolah bermula pada jam 8.00 pagi . 
          Selain Pasukan Kadet Bomba, pertandingan tersebut juga turut disertai oleh Pasukan KRS, Pasukan Kadet Polis, Pandu Puteri, Pertubuhan Pengakap, Kadet Pertahanan Awam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Pertandingan tersebut telah dihakimi oleh hakim jemputan iaitu Pegawai Polis daripada IPD Cheras dan Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Cheras. Majlis penutup dijalankan pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang dan dirasmikan oleh En. Razali Bin Baharin, YDP PIBG. Juara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki adalah pasukan Kadet Bomba dan diikuti tempat kedua iaitu Pasukan Pandu Puteri. Pasukan Kadet Polis merangkul tempat ketiga. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 4.30 petang.










Thursday 2 August 2018

HARI BICARA AKADEMIK

Hari Bicara Akademik SMK Orkid Desa Tahun 2018 telah berjaya dijalankan pada 19 Julai 2018 (Khamis). Program ini bermula jam 8.30 pagi. Ibu bapa dan penjaga hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan anak masing-masing. Program seperti ini diadakan setiap tahun sebagai satu platform kepada guru, murid dan ibu bapa untuk bersama-sama berbincang dan mencari alternatif dalam meningkatkan prestasi akademik murid. 
       Program bicara akademik juga bertujuan meningkatkan motivasi dan komitmen murid dalam menghadapi peperiksaan. Di samping itu, ia juga dapat memberi ruang kepada guru dan ibu bapa berbincang bagi mengatasi kelemahan murid dalam akademik serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah diri. Program berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 1.55 tengah hari. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...