Tuesday 14 June 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Kemeriahan Hari Guru pada tahun ini terserlah apabila guru-guru SMK Orkid Desa mengenakan pakaian yang melambangkan kerjaya selain daripada menjadi seorang guru sesuai dengan tema " Kalau Aku Bukan Guru" semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari Jumaat, 27 Mei 2016. Antara kerjaya yang dipilih oleh guru-guru termasuk doktor, jurutera, hakim, usahawan berjaya dan petani moden. Pengetua juga menyahut tema yang telah ditetapkan dengan mengenakan pakaian anggota tentera laut. 
     Sehari sebelumnya iaitu pada hari Khamis, 26 Mei 2016, Warga SMK Orkid Desa telah menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan hari guru termasuk pertandingan boling, basikal lambat, asingkan rempah, perlawanan futsal dan bola jaring. Sambutan pada tahun ini sangat meriah dan mendapat penglibatan daripada semua pihak termasuk guru, murid dan AJK PIBG. Sambutan berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...