Thursday 31 October 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PT3 DAN SPM

Pada hari Sabtu, 21 September 2019 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM yang melibatkan semua guru, staf dan pelajar-pelajar islam yang akan menduduki peperiksaan SPM serta PT3 pada tahun ini. Majlis Tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk iman dan taqwa disamping memohon dipermudahkan calon-calon peperiksaan dalam menduduki peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelang nanti. 
        Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan sedikit taklimat ringkas daripada Ustaz Zulkifli, guru pendidikan islam SMK Orkid Desa. Solat berjemaah dimulakan dengan solat sunat dhuha dua rakaat dan diikuti solat sunat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Zulkifli. Setelah selesai, semua jemaah bersama-sama membacakan surah Yaasin dan diakhiri dengan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ybhg. Prof. Datuk Dr. HarlinaHalizah Bt. Hj. Siraj, Pengarah Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis berakhir dengan jamuan ringkas dan selesai sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.











Tuesday 8 October 2019

MAJLIS GRADUASI


Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini mempunyai kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Selain diadakan di hotel bertaraf 3 bintang, majlis gilang-gemilang tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato’ Kamarudin Bin Jaffar. Majlis tersebut diadakan pada hari Sabtu, 8 September yang lalu bertempat di Grand Ball Room, Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur. Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan perarakan masuk para jemputan, barisan Pentadbir serta guru-guru tingkatan 5. Semua hadirin bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan mengaminkan doa yang dipimpin oleh saudara Hafiz Amir dari 5 Giga. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB. Dato’ Kamarudin Bin Jaffar. 
        Setelah selesai ucapan perasmian, acara penyampaian sijil bagi sidang 1 dimulakan dengan kelas 5 Tera dan 5 Giga serta 5 Fedora. Setelah itu, para hadirin disajikan dengan persembahan nyanyian  daripada murid tingkatan 4. Sidang 2 diteruskan dengan kelas 5 Mega dan 5 Sierra. Warga SMK Orkid Desa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar tingkatan 5 tahun 2019 dengan harapan semoga terus cemerlang dalam peperiksaan SPM seterusnya berjaya dalam kerjaya masing-masing. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...