Monday 28 January 2019

ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Pada hari Jumaat, 28 Disember 2018, SMK Orkid Desa telah melaksanakan Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4. Majlis tersebut diadakan di ruang serbaguna bermula jam 8.00 pagi bagi murid tingkatan 1 dan bermula jam 10.00 pagi bagi murid tingkatan 4. Ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi memperkenalkan barisan pentadbir serta mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua. 
        Murid-murid yang berada di Ruang Serbaguna dikendalikan oleh Puan Nor Aidawati, Kaunselor sekolah. Setelah selesai, murid-murid tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama ibu bapa untuk sesi perjumpaan bersama dengan guru kelas. Selepas itu, murid-murid bergerak ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi sekolah. Murid-murid tingkatan 4 pula bersama-sama mendengar taklimat di ruang serbaguna. Majlis selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...