Majlis ini berlangsung dengan meriah dan penuh dengan keakraban tidak mengira kaum dan latar belakang. Pelbagai juadah yang menyelerakan disediakan di meja khas dan kebanyakan makanan tersebut dibawa sendiri oleh guru dan murid. Guru dan murid juga memeriahkan lagi majlis tersebut dengan menyampaikan beberapa persembahan termasuk nyanyian lagu hari raya dan persembahan tarian.
Murid digalakkan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing bagi menunjukkan identiti pelbagai kaum yang unik dalam kalangan mereka. Majlis tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari.
Barisan pendidik SMKOD bergambar bersama. |
Murid pelbagai kaum memakai pakaian tradisional kaum masing-masing |
Suasana dewan yang meriah dan ceria. |
Murid india kelihatan cantik apabila memakai Sari. |
Guru dan tetamu jemputan mengambil juadah yang terhidang. |
Tuan Pengetua bersama dengan Tetamu Jemputan. |
Guru-guru SMKOD yang sentiasa ceria bersama-sama menjamu selera. |
Persembahan nyanyian daripada murid tingkatan 2. |