Pada hari Jumaat bersamaan dengan 26 Jun 2015, SMK Orkid Desa telah mengadakan Hari Bicara Akademik. Majlis tersebut bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah bagi mengambil slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak mereka. Peluang tersebut juga telah digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa untuk berbincang dengan guru kelas tentang tahap pencapaian akademik dan sahsiah anak mereka.
Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Pihak sekolah menghargai usaha ibu bapa untuk hadir ke sekolah walaupun sibuk dengan urusan kerja. Hal tersebut membuktikan bahawa, ibu bapa sangat mengambil berat dan prihatin terhadap anak mereka. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam memacu pencapaian sekolah ke arah yang lebih cemerlang seterusnya melonjakkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
|
Aktiviti Jualan Amal yang dikendalikan oleh guru dan staf sokongan |
|
Kesungguhan ibu bapa untuk menghadirkan diri ke sekolah |
|
Keceriaan murid-murid SMK Orkid Desa |
|
Perbincangan bapa pelajar PPKI dengan guru PPKI. |
|
Ibu bapa memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang program berlangsung |
|
Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan |