Semua Ibu bapa dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Smk Orkid Desa, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2016. Kehadiran anda dialu-alukan demi kecemerlangan anak-anak anda. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah Cabutan Bertuah sempena mesyuarat tersebut.
smkod
Friday, 4 March 2016
MAJLIS PERSARAAN PUAN KOH SIEW ENG, GPK HAL EHWAL MURID
Bagaikan kehilangan sebutir permata, warga SMK Orkid Desa
telah kehilangan seorang lagi pentadbir yang berkarisma dan sangat peramah
iaitu Puan Koh Siew Eng, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang akan bersara
awal bulan mac. Oleh itu, pihak Semorda khususnya Kelab Guru dan Staf yang
diketuai oleh Encik Azmi b. Isa telah berjaya mengadakan satu Majlis Persaraan Puan
Koh Siew Eng pada 29 Februari 2016 iaitu hari Isnin. Majlis bermula pada jam
7.20 pagi dan berakhir pada jam 9.40 pagi. Majlis berjalan lancar dan berakhir
dengan acara send off dimana, Puan Koh
Siew Eng diarak menggunakan kereta mewah dan konvoi motosikal berkuasa tinggi.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Puan Koh Siew Eng.
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH
Panitia Pendidikan Islam SMK Orkid Desa yang diketuai oleh
Ustazah Tuan Ruzana bt. Tuan Kechik telah mengambil langkah proaktif apabila
berjaya menganjurkan Kem Pemantapan Sahsiah yang telah dilaksanakan pada 27
Februari 2016 iaitu hari Sabtu. Kem tersebut melibatkan murid-murid islam
tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Ia dijalankan di Dewan Semorda bermula jam 8.00
pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pengisian kem bermula dengan slot
motivasi bersama Ustaz Sufian b. Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai PU
Sufian. Slot seterusnya disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz
Muhammad Aizat B. Zulkipli. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En.
Aminuddin Jamal b. Jamaluddin. Murid bersurai setelah selesai mendirikan solat
zohor secara berjemaah.
HARI PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM
Komitmen SMK Orkid Desa dalam melonjakkan pencapaian
akademik murid-murid sentiasa berada pada tahap tertinggi. Hal tersebut
terbukti apabila pihak sekolah telah menjemput ibu bapa kepada murid – murid tingkatan
3 dan tingkatan 5 untuk hadir ke sekolah bagi menyertai Program Hari Penetapan
Target pada 25 Februari 2016 bermula jam 7.20 pagi hingga 10.30 pagi dan bertempat
di Dewan SEMORDA. Ibu bapa dan murid terlebih dahulu mendengar taklimat yang
disampaikan oleh Tuan Pengetua. Selepas itu, mereka bergerak ke kaunter
mengikut kelas masing-masing untuk berbincang dengan guru kelas dari pelbagai
aspek termasuk akademik dan sahsiah.
ACARA SENAMROBIK 1M 1S DAN LARIAN MERENTAS DESA 2016
Pada hari Jumaat bersamaan dengan 19 Mac
2016, Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya menganjurkan program
Senamrobik 1M 1S dan Larian Merentas Desa. Murid berkumpul di dewan pada jam
7.20 pagi. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik 1M 1S yang dikendalikan
oleh murid – murid Semorda dan diketuai oleh Puan Evarina bt. Mohamad serta
Puan Normi bt. Muhammad. Selepas itu, murid bergerak ke garisan permulaan bagi
acara merentas desa mengikut kelas yang telah ditetapkan iaitu kelas 1
(tingkatan 4 dan 5), kelas 2 (tingkatan 3), dan kelas 3 (tingkatan 1 dan 2). Majlis
Perasmian Penutupan diadakan di Dewan Semorda bermula jam 10.30 pagi.
Penganjuran aktiviti ini telah mendapat sokongan yang padu daripada semua pihak
terutamanya Tuan Pengetua, YDP PIBG, AJK PIBG dan semua warga SMK Orkid Desa.
PROGRAM RIMUP 1 - SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
Pada 5 Februari 2016,
SMK Orkid Desa telah melaksanakan Program RIMUP bersempena Sambutan Tahun Baru
Cina. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat muhibbah dan perpaduan
dalam kalangan murid, guru dan staf
SMK Orkid Desa. Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh En. Aminuddin
Jamal b. Jamaluddin, YDP PIBG. Pelbagai acara menarik telah diadakan termasuk persembahan
tarian dan nyanyian oleh murid-murid, tarian singa serta pemberian limau kepada
setiap murid, guru dan warga SMK Orkid Desa.
LAWATAN PENANDA ARAS PDPA21 KE SMK SERI PERLING, JOHOR BAHRU
Hasil
daripada perancangan Mantan Pengetua SMK Orkid Desa pada tahun 2015, AJK Kelab
Guru yang diketuai oleh Encik Azmi b. Isa selaku Pengerusi Kelab guru telah
berjaya merealisasikan satu Program Lawatan Penanda Aras Pengajaran dan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PDPA21) ke SMK
Seri Perling, Johor Bahru pada hari Ahad bersamaan dengan 31 Januari 2016. Guru
dan staf bergerak sehari lebih awal iaitu pada hari sabtu menggunakan
perkhidmatan bas dan bermalam di sebuah hotel. Program lawatan tersebut memberi
peluang dan pengalaman kepada guru dan staf dalam melaksanakan PDPA21 di SMK
Orkid Desa.
PELANCARAN PROGRAM NILAM
Pada
hari Isnin bersamaan dengan 11 Januari 2016, Majlis Pelancaran Program NILAM
telah dilaksanakan bertempat di Dewan Semorda. Pelancaran tersebut disempurnakan
oleh Tuan Pengetua iaitu Encik Abd Samad b. Othman. Puan Hasni Hastuti selaku
guru penyelaras Program NILAM telah menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan
program NILAM dan PSS. Majlis tersebut tamat pada jam 8.20 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)