Sambutan
Bulan Kemerdekaan dilaksanakan bermula pada 15 Ogos 2016 dan berakhir pada 19
September 2016. Ia melibatkan semua murid, guru dan warga SMK Orkid Desa.
Tema bagi sambutan pada tahun ini adalah “Sehati Sejiwa”. Majlis Pelancaran
Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 15 Ogos 2016 bertempat di Dewan
Utama SMK Orkid Desa.
Pelbagai aktiviti telah Berjaya dilaksanakan sepanjang bulan
kemerdekaan termasuk Pertandingan Kelas Patriotik, Deklamasi Sajak,
Pertandingan Peragaan Pakaian Tradisional dan Pertandingan melukis
poster. Sambutan ambang kemerdekaan telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2016 bermula
jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi dan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan diadakan
pada 19 September 2016 di Dewan Utama SEMORDA.