Pada hari Jumaat, 28 Disember
2018, SMK Orkid Desa telah melaksanakan Hari Orientasi bagi murid-murid
tingkatan 1 dan tingkatan 4. Majlis tersebut diadakan di ruang serbaguna bermula
jam 8.00 pagi bagi murid tingkatan 1 dan bermula jam 10.00 pagi bagi murid
tingkatan 4. Ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi memperkenalkan
barisan pentadbir serta mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua.
Murid-murid yang
berada di Ruang Serbaguna dikendalikan oleh Puan Nor Aidawati, Kaunselor
sekolah. Setelah selesai, murid-murid tingkatan 1 bergerak ke kelas
masing-masing bersama ibu bapa untuk sesi perjumpaan bersama dengan guru kelas.
Selepas itu, murid-murid bergerak ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan
membuat pembelian buku di koperasi sekolah. Murid-murid tingkatan 4 pula
bersama-sama mendengar taklimat di ruang serbaguna. Majlis selesai sepenuhnya
pada jam 12.00 tengah hari.