Tanggal 10 Mei
2014 iaitu pada hari sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa telah
mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu bapa dan Penjaga Murid Bersama Dengan Pihak
Sekolah atau lebih dikenali sebagai SARANA Ibu bapa. Majlis tersebut juga
bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa penaja PIBG bagi tahun 2014 dan 2015.
Majlis tersebut
dijalankan di bilik mesyuarat utama SMK Orkid Desa yang berada di blok
pentadbiran bersebelahan dengan pejabat sekolah bermula jam 11.00 pagi dan
berakhir pada jam 1.00 petang. Ibu bapa murid memberikan kerjasama yang sangat
baik sepanjang majlis tersebut dan pihak sekolah amat menghargai usaha mereka.
Sarana
Ibu Bapa adalah satu program kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa
dalam memastikan kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak yang dididik. Cadangan-cadangan
yang diberikan melalui sarana akan dianalisis dan dipertimbangkan oleh pihak
sekolah untuk kebaikan murid.
Walaupun
demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam
dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan. Apabila anak-anak
mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai
pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.
AJK
PENAJA PIBG SMK ORKID DESA
SESI
2014/2015
PENASIHAT
|
EN. AHMAD
KAMIL B IBRAHIM
PENGETUA
|
EX-OFICIO
|
PN. AZIAH BT
AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
|
PN. DAHANUM B
SOYONO
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
|
PN. NOR
AIDAWATI BT MOHD
KAUNSELOR
|
YANG DIPERTUA
|
EN. AMINUDDIN JAMAL (KHALEELAH 4 SC)
|
NAIB YANG
DIPERTUA
|
EN. ANAS ADLAN B. AMIR (ADRIANA 1A)
|
SETIAUSAHA
|
PN. NORMAZLINDA B. MOHAMED ZI
|
BENDAHARI
|
PN. EVARINA BT. MOHAMAD
|
AJK IBU
BAPA
|
1. EN.
SIMON SIM KAI SIONG (SIM ZI YING 1A)
|
2. PN.
CATHERINE (DINNESH 1A)
|
3. Pn.
LIZA MOHD ALI (BURHAN SYAHMI 2A)
|
4. EN.
SOH CHIOW CHUN (SOH GUAN ZHENG 1A)
|
AJK GURU
|
1. EN. EDI A/L EMAI
|
2. EN. AHMAD NIZAM B. AHMAD SHUKRI
|
3. PN. LIM TWAN PEI
|
JURUAUDIT
DALAMAN
|
PN. NORMI
|
JURUAUDIT
LUAR
|
PN. HAMAILIDAH BT ISMAIL (MUHD DANISH AIMAN 1A)
|
|
Tuan Pengetua, En. Ahmad Kamil mempengerusikan mesyuarat. |
|
Penglibatan yang baik daripada pihak ibu bapa. |
|
Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan menyampaikan ucapan terima kasih. |
|
Taklimat disiplin daripada Guru Disiplin, En, Edi a/l Emai. |
|
Barisan AJK Penaja PIBG 2014/2015.
Berdiri dari kiri; En. Edi, Pn. Lim, Pn Noraidawati, Pn. Evarina, Pn. Hamailidah, Pn. Liza, Pn Catherine, Pn. Normazlinda, En. Nizam. Duduk dari kiri; Pn. Dahanom (GPK Koku), En. Soh Chiow Chun, En. Anas, En. Ahmad Kamil (Pengetua), En. Aminuddin (YDP PIBG), En. Simon. |