Monday, 19 May 2014

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA / PENJAGA MURID (SARANA IBU BAPA) dan PELANTIKAN AJK PENAJA PIBG 2014/2015

Tanggal 10 Mei 2014 iaitu pada hari sabtu, Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu bapa dan Penjaga Murid Bersama Dengan Pihak Sekolah atau lebih dikenali sebagai SARANA Ibu bapa. Majlis tersebut juga bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa penaja PIBG bagi tahun 2014 dan 2015.

Majlis tersebut dijalankan di bilik mesyuarat utama SMK Orkid Desa yang berada di blok pentadbiran bersebelahan dengan pejabat sekolah bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ibu bapa murid memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis tersebut dan pihak sekolah amat menghargai usaha mereka.

Sarana Ibu Bapa adalah satu program kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam memastikan kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak yang dididik. Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana akan dianalisis dan dipertimbangkan oleh pihak sekolah untuk kebaikan murid.

Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah dialu-alukan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka.

AJK PENAJA PIBG SMK ORKID DESA
SESI 2014/2015
PENASIHAT
EN. AHMAD KAMIL B IBRAHIM
PENGETUA
EX-OFICIO
PN. AZIAH BT AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
PN. DAHANUM B SOYONO
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN. NOR AIDAWATI BT MOHD
KAUNSELOR
YANG DIPERTUA
EN. AMINUDDIN JAMAL (KHALEELAH 4 SC)
NAIB YANG DIPERTUA
EN. ANAS ADLAN B. AMIR (ADRIANA 1A)
SETIAUSAHA
PN. NORMAZLINDA B. MOHAMED ZI
BENDAHARI
PN. EVARINA BT. MOHAMAD
AJK IBU BAPA 

1.       EN. SIMON SIM KAI SIONG (SIM ZI YING 1A)
2.       PN. CATHERINE (DINNESH 1A)
3.       Pn. LIZA MOHD ALI (BURHAN SYAHMI 2A)
4.       EN. SOH CHIOW CHUN (SOH GUAN ZHENG 1A)
AJK GURU


1.        EN. EDI A/L EMAI
2.        EN. AHMAD NIZAM B. AHMAD SHUKRI
3.        PN. LIM TWAN PEI
JURUAUDIT DALAMAN
PN. NORMI
JURUAUDIT LUAR
PN. HAMAILIDAH BT ISMAIL (MUHD DANISH AIMAN 1A)
 
Tuan Pengetua, En. Ahmad Kamil mempengerusikan mesyuarat.

Penglibatan yang baik daripada pihak ibu bapa.

Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan menyampaikan ucapan terima kasih.

Taklimat disiplin daripada Guru Disiplin, En, Edi a/l Emai.

Barisan AJK Penaja PIBG 2014/2015.
Berdiri dari kiri; En. Edi, Pn. Lim, Pn Noraidawati, Pn. Evarina, Pn. Hamailidah, Pn. Liza, Pn Catherine, Pn. Normazlinda, En. Nizam. Duduk dari kiri; Pn. Dahanom (GPK Koku), En. Soh Chiow Chun, En. Anas, En. Ahmad Kamil (Pengetua), En. Aminuddin (YDP PIBG), En. Simon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...