Friday 10 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SALAM LEBARAN

Pada hari Jumaat iaitu 10 Julai 2015, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Salam Lebaran. Majlis tersebut dijalankan di surau sekolah bermula pada jam 11 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya khatam Al-Quran yang dipimpin oleh En. Rozaini. 
      Setelah selesai, Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada murid yang menjadi peserta khatam Al-Quran. Murid-murid turut diberi sumbangan duit raya yang disampaikan oleh guru kelas masing-masing. Murid dan guru mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Majlis berjalan lancar dan berakhir pada jam 12 tengah hari









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...