Wednesday 13 July 2016

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, SMK Orkid Desa telah melaksanakan Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa pada Jumaat, 24 Jun 2016 bertempat di Dewan Utama. Majlis bermula pada jam 5.30 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah. Antara jemputan yang hadir adalah Ahli Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia serta penasihatnya iaitu, ACP (B) Tuan Abd. Wahab b. Harun. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan ASP Asri b. Jamaluddin serta isteri dan Dato' Seri Dr. Saharuddin b. Awang Yahya.
       Sebelum majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mendengar ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Rusdi b. Long. Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin menikmati hidangan berbuka puasa yang telah disediakan sambil menikmati persembahan nasyid yang disampaikan kumpulan nasyid sekolah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak fakir dan miskin. sumbangan telah disampaikan oleh ACP (B) Tuan Abd. Wahab b. Harun.
       Para hadirin seterusnya bergerak ke surau sekolah untuk solat maghrib, solat hajat, solat isyak dan solat tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Rusdi b. Long. Majlis berjalan lancar dan berakhir pada jam 10.30 malam.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...