Tuesday 26 September 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP), PORT DICKSON.

Tugas seorang guru tidak terbatas dalam mendidik sahaja malah guru juga terpaksa melaksanakan pelbagai lagi tugas sampingan termasuk pengurusan kelas, kokurikulum dan program-program sekolah. Oleh itu, guru merupakan individu yang sering menghadapi masalah tekanan. Bagi mengurangkan masalah tersebut, Kelab Guru SMK Orkid Desa telah merancang dan melaksanakan Aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di luar kawasan sekolah iaitu di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 13 – 14 Mei 2017. 
        Sepanjang 2 hari 1 malam tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk pertandingan bola tampar pantai, tangkap belon dengan kain, pecahkan belon dan sukaneka kanak-kanak. Acara-acara tersebut dilaksanakan pada waktu petang bermula jam 6.00. Suasana sekitar kawasan tepi pantai tersebut amat meriah dengan hilai tawa guru-guru serta staf yang menyertai acara. 
       Acara penutup dan penyampaian hadiah dilaksanakan bermula jam 8.00 malam. Semua hadirin menikmati jamuan makan malam secara buffet dan acara tamat sepenuhnya pada jam 11.00 malam. LDP dilaksanakan pada hari terakhir bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program berjalan lancar dan berakhir sepenuhnya pada jam 1.00 petang.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...