Monday 2 October 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PT3/SPM

Pada hari Jumaat, 16 Jun 2017 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat dan Solat Terawih yang melibatkan semua guru, staf dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM serta PT3 pada tahun ini. Majlis Tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara guru dan murid serta menghidupkan lagi bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping memohon dipermudahkan calon-calon peperiksaan dalam menduduki peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelang nanti. 
        Majlis bermula pada jam 7.15 malam setelah semua hadirin berkumpul di kantin untuk menunggu waktu berbuka puasa. Setelah selesai menikmati juadah berbuka, semua hadirin naik ke surau untuk menunaikan solat maghrib, solat hajat dan solat sunat tarawih secara berjemaah. Semua jemaah juga turut sama-sama membaca surah Yaasin. Majlis selesai sepenuhnya pada jam 10.30 malam dan para hadirin menikmati jamuan moreh sebelum bersurai.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...