Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan.
Seterusnya bacaan doa oleh saudara Hafiz b. Amir, pelajar tingkatan 4 Tera. Majlis
diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua dan Yang Dipertua (YDP) PIBG
sesi 2017/2018. Seterusnya pihak majlis menyampaikan sijil dan cenderamata
kepada AJK PIBG sesi 2017/2018 sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas
kerjasama dan komitmen yang diberikan. Persembahan multimedia menyusul selepas
itu dengan memaparkan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG sesi 2017/2018.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali ke-5 Tahun 2018 bermula tepat
jam 11.00 pagi. Pelantikan AJK berjalan lancar dan berakhir sepenuhnya tepat
jam 1.00 tengah hari.
smkod
Monday, 26 March 2018
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 2018
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-5 bagi tahun 2018 telah diadakan pada 24 Februari
2018 bertempat di Dewan Utama, SMK Orkid Desa. Mesyuarat ini bermula pada jam 8.00
pagi dan dihadiri oleh para ibu bapa dan Ahli jawatankuasa (AJK) PIBG SMK Orkid
Desa Sesi 2017/2018. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran
para guru dan ibu bapa. Tetamu Kehormat iaitu Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Razali
b. Baharin, Penceramah jemputan, Barisan AJK PIBG sesi 2017/2018 dan barisan
pentadbir, SMK Orkid Desa tiba di perkarangan Dewan Utama tepat jam 8.00 pagi.
Tuesday, 13 March 2018
HARI PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM
SMK Orkid Desa sentiasa
komited dalam melonjakkan tahap pencapaian akademik murid-murid. Hal tersebut
terbukti apabila pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Program Hari
Penetapan Target PT3 dan SPM pada 22 Februari 2018 bermula jam 7.30 pagi.
Program tersebut diadakan di Dewan Utama Sekolah dan dihadiri oleh ibu, bapa
dan penjaga kepada murid - murid tingkatan 3 dan tingkatan 5.
Majlis bermula dengan slot ceramah bertajuk "Tanggungjawab Ibubapa dalam Sistem Pendidikan" yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Safwan Syafiq. Selepas itu, program diteruskan dengan ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Abd. Samad b.
Othman. Setelah selesai, para ibu bapa bersama murid bergerak ke kaunter
mengikut kelas masing-masing untuk berbincang dengan guru kelas tentang prestasi akademik dan sahsiah anak masing-masing. Program berjalan lancar dan berakhir
pada jam 12.00 tengah hari.
Monday, 5 March 2018
PROGRAM RIMUP 1 : SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA
Pada hari Jumaat, 9 Februari
yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan Program RIMUP pertama bagi
tahun 2018 iaitu Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah. Majlis tersebut
diadakan di Dewan Utama, SMK Orkid Desa bermula jam 10.00 pagi. Majlis tersebut
dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Chew Yin Keen, Pengerusi Yayasan Pendidikan
Kawasan Bandar Tun Razak. AJK PIBG turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis
tersebut.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Maju Sejahtera
serta diikuti dengan bacaan doa. Semasa ucapan perasmian oleh Datuk Chew Yin
Keen, beliau menekankan semangat perpaduan yang perlu dipupuk diperingkat
sekolah tidak mengira agama dan bangsa. Selepas selesai upacara perasmian, para
hadirin dihidangkan dengan beberapa persembahan termasuk persembahan nyanyian,
Tarian Moden, Tarian Riben, Tarian Gimnastik dan Koir yang dipersembahkan oleh
murid-murid SMK Orkid Desa. Sebelum meninggalkan majlis, Datuk Chew Yin Keen mengagihkan
limau dan Ang Pow kepada guru dan
murid. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2018
Badan Pengawas merupakan organisasi
yang memainkan peranan penting terutama dalam memastikan misi dan visi sekolah
dapat dicapai. Mereka bertindak sebagai barisan hadapan dalam membantu pihak
sekolah memacu kecemerlangan sekolah. Pada 29 Januari 2018, SMK Orkid Desa
telah mengadakan majlis khas untuk melantik secara rasmi bagi setiap badan
pengawas termasuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS), Briged Bestari, Skuad COMBI, dan Pengawas PPKI.
Majlis
Pelantikan tersebut telah dirasmikan oleh Inspektor Thinakaran a/l Sundra Raju,
Pegawai Penyiasat Narkotik IPD Cheras. Beliau juga telah dilantik sebagai
Pegawai Perhubungan Sekolah. Barisan Pengawas diharap dapat menjalankan tugas
dengan jujur dan amanah serta sentiasa patuh terhadap peraturan sekolah. Majlis
tersebut berjalan lancar dan berakhir pada jam 9.00 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)