SMK Orkid Desa sentiasa
komited dalam melonjakkan tahap pencapaian akademik murid-murid. Hal tersebut
terbukti apabila pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Program Hari
Penetapan Target PT3 dan SPM pada 22 Februari 2018 bermula jam 7.30 pagi.
Program tersebut diadakan di Dewan Utama Sekolah dan dihadiri oleh ibu, bapa
dan penjaga kepada murid - murid tingkatan 3 dan tingkatan 5.
Majlis bermula dengan slot ceramah bertajuk "Tanggungjawab Ibubapa dalam Sistem Pendidikan" yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Safwan Syafiq. Selepas itu, program diteruskan dengan ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Abd. Samad b.
Othman. Setelah selesai, para ibu bapa bersama murid bergerak ke kaunter
mengikut kelas masing-masing untuk berbincang dengan guru kelas tentang prestasi akademik dan sahsiah anak masing-masing. Program berjalan lancar dan berakhir
pada jam 12.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment