Hari Bicara Akademik SMK Orkid
Desa Tahun 2018 telah berjaya dijalankan pada 19 Julai 2018 (Khamis). Program
ini bermula jam 8.30 pagi. Ibu bapa dan penjaga hadir ke sekolah untuk
mengambil slip keputusan anak masing-masing. Program seperti ini diadakan
setiap tahun sebagai satu platform kepada guru, murid dan ibu bapa untuk
bersama-sama berbincang dan mencari alternatif dalam meningkatkan prestasi
akademik murid.
Program bicara akademik juga bertujuan meningkatkan motivasi
dan komitmen murid dalam menghadapi peperiksaan. Di samping itu, ia juga dapat
memberi ruang kepada guru dan ibu bapa berbincang bagi mengatasi kelemahan
murid dalam akademik serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah diri. Program
berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 1.55 tengah hari.
No comments:
Post a Comment