Thursday, 21 February 2019

RIMUP 1 : SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

SMK Orkid Desa merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid berbilang kaum. Majlis sambutan Tahun Baru Cina merupakan program RIMUP pertama pada setiap tahun. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan asal-usul dan amalan sambutan Tahun Baru Cina serta merapatkan silaturrahim antara warga sekolah yang berbilang kaum. 
                Pada hari Khamis, 31 Januari yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama SMK Orkid Desa bermula jam 8.00 pagi. Majlis tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Encik Razali Bin Baharin, YDP PIBG SMK Orkid Desa. Selepas selesai upacara perasmian, para hadirin dihidangkan dengan beberapa persembahan termasuk persembahan nyanyian, Tarian Moden, Tarian Tradisional, Alunan Biola, Wushu,  Tarian Gimnastik dan Koir yang dipersembahkan oleh murid-murid SMK Orkid Desa. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.















Tuesday, 19 February 2019

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

Pada setiap tahun, barisan Badan Pengawas SMK Orkid Desa yang baharu akan dilantik secara rasmi di dalam majlis khas untuk mengiktiraf jawatan mereka. Badan-badan pengawas yang terlibat termasuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Briged Bestari, Skuad COMBI, dan Pengawas PPKI. 
           Majlis Pelantikan tersebut telah dijalankan pada 14 Januari bagi Pengawas Sekolah, 22 Januari bagi Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan. Pelantikan bagi pengawas-pengawas yang lain dijalankan pada 11 Februari 2019 bertempat di Dewan Utama. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Abdul Samad Bin Othman. Barisan Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan diharap dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah serta sentiasa patuh terhadap peraturan sekolah.












Friday, 15 February 2019

PENERANGAN, PROMOSI DAN PENDAFTARAN UNIT KOKURIKULUM

Pada 9 Januari hingga 11 Januari 2019 Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya menjalankan sesi Penerangan, Promosi dan Pendaftaran unit kokurikulum termasuk Pasukan Beruniform, Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. Sesi tersebut dijalankan bermula jam 7.35 pagi dan berakhir pada jam 9.35 pagi. Pada hari pertama, sesi pendaftaran bagi sukan dan permainan dijalankan manakala hari kedua diteruskan dengan pendaftaran bagi Badan Beruniform. Sesi pendaftaran bagi Kelab dan Persatuan dijalankan pada hari terakhir. 
          Sesi penerangan dan promosi unit kokurikulum oleh guru penasihat dijalankan di Dewan Utama. Setelah selesai, setiap unit bergerak ke tempat yang telah ditetapkan untuk pendaftaran unit kokurikulum. Program berjalan lancar dan murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk menyertai unit kokurikulum masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...