Pada hari Khamis, 31 Januari yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama SMK Orkid Desa bermula jam 8.00 pagi. Majlis tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Encik Razali Bin Baharin, YDP PIBG SMK Orkid Desa. Selepas selesai upacara perasmian, para hadirin dihidangkan dengan beberapa persembahan termasuk persembahan nyanyian, Tarian Moden, Tarian Tradisional, Alunan Biola, Wushu, Tarian Gimnastik dan Koir yang dipersembahkan oleh murid-murid SMK Orkid Desa. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.
smkod
Thursday, 21 February 2019
RIMUP 1 : SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA
SMK Orkid Desa merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid berbilang kaum. Majlis sambutan Tahun Baru Cina merupakan program RIMUP pertama pada setiap tahun. Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan asal-usul dan amalan sambutan Tahun Baru Cina serta merapatkan silaturrahim antara warga sekolah yang berbilang kaum.
Labels:
KOKURIKULUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment