Thursday 31 October 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PT3 DAN SPM

Pada hari Sabtu, 21 September 2019 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM yang melibatkan semua guru, staf dan pelajar-pelajar islam yang akan menduduki peperiksaan SPM serta PT3 pada tahun ini. Majlis Tersebut diadakan bertujuan untuk memupuk iman dan taqwa disamping memohon dipermudahkan calon-calon peperiksaan dalam menduduki peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelang nanti. 
        Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan sedikit taklimat ringkas daripada Ustaz Zulkifli, guru pendidikan islam SMK Orkid Desa. Solat berjemaah dimulakan dengan solat sunat dhuha dua rakaat dan diikuti solat sunat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Zulkifli. Setelah selesai, semua jemaah bersama-sama membacakan surah Yaasin dan diakhiri dengan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ybhg. Prof. Datuk Dr. HarlinaHalizah Bt. Hj. Siraj, Pengarah Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis berakhir dengan jamuan ringkas dan selesai sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...