Tuesday 5 November 2019

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKURIKULUM

Pada hari Ahad, 20 Oktober 2019 yang lalu, Unit HEM dan Kokurikulum SMK Orkid Desa sekali lagi telah berjaya berkolaborasi untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama bermula jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Inspektor Syamim Bin Ahmad Safawi, Pegawai Perhubungan Sekolah. Majlis tersebut juga dihadiri oleh YDP PIBG, Encik Mohd Razali Bin Baharin serta beberapa AJK PIBG. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu  Kebangsaan dan diikuti oleh bacaan doa. Selepas itu, para hadirin bersama-sama mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua, YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Inspektor Syamim Bin Ahmad Safawi. 
             Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan anugerah Hal Ehwal Murid dan diikuti oleh penyampaian anugerah Kokurikulum. Acara penyampaian anugerah diselangi dengan beberapa persembahan termasuk tarian tradisional dan persembahan nyanyian oleh murid-murid SMK Orkid Desa. Acara berlangsung dengan lancar dan majlis tamat sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...