smkod
Tuesday, 17 November 2020
Thursday, 9 July 2020
JADUAL WAKTU EDISI 4 (PKPP) - KELAS
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SILA PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN
APABILA BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH.
SENTIASA AMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
BAGI MEMUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.
SEMOGA KITA SEMUA DIJAUHKAN DARIPADA WABAK INI.
JADUAL WAKTU EDISI 4.2020 (PKPP)
BAGI TINGKATAN 1 - 5
BAGI TINGKATAN 1 - 5
AKAN BERKUATKUASA BERMULA PADA
RABU (15 JULAI 2020)
MURID BOLEH MERUJUK JADUAL WAKTU KELAS MASING-MASING SERTA JADUAL PECAHAN MASA PERSEKOLAHAN MELALUI PAUTAN DI BAWAH.
Monday, 22 June 2020
JADUAL WAKTU EDISI 3.2020 PKPP - KELAS
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!
SILA PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN
APABILA BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH
JADUAL WAKTU EDISI 3.2020 (PKPP)
AKAN BERKUATKUASA BERMULA
RABU(24 JUN 2020)
MURID BOLEH MERUJUK JADUAL WAKTU KELAS
MASING-MASING
MELALUI PAUTAN DI BAWAH.
Sunday, 15 March 2020
JADUAL WAKTU 2020 EDISI 2 (KELAS)
JADUAL INI AKAN BERKUATKUASA
BERMULA
ISNIN (23 MAC 2020)
MURID BOLEH
MERUJUK JADUAL WAKTU KELAS MASING-MASING
MELALUI PAUTAN DI
BAWAH.
Tuesday, 3 March 2020
RIMUP 1 : SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA
Pada hari Rabu, 22 Januari
yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Program RIMUP Tahun Baharu
Cina peringkat sekolah. Majlis sambutan tersebut diadakan bertujuan untuk
memperkenalkan kepelbagaian budaya masyarakat berbangsa Cina dan upacara sambutan
Tahun Baru Cina. Program tersebut juga dapat merapatkan silaturrahim antara
warga sekolah yang berbilang kaum. Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama SMK
Orkid Desa bermula jam 7.35 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik
Razali Bin Baharin, YDP PIBG SMK Orkid Desa. Selepas selesai upacara perasmian,
para hadirin dihidangkan dengan beberapa persembahan termasuk persembahan
nyanyian, Tarian Moden, Tarian Tradisional, Alunan Biola, Wushu, Tarian Gimnastik Kontemporari, Koir dan tarian
singa. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.
Wednesday, 26 February 2020
PENDAFTARAN KOKURIKULUM
Pada
hari Rabu, 8 Januari 2020 Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan
sesi taklimat dan Pendaftaran unit kokurikulum termasuk Pasukan Beruniform,
Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. Sesi tersebut dijalankan bermula
jam 7.35 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Sesi pendaftaran dijalankan
serentak bagi semua unit kokurikulum termasuk sukan dan permainan, Badan
Beruniform serta Kelab dan Persatuan. Program berjalan lancar dan berakhir
sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.
Tuesday, 25 February 2020
ORIENTASI MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2020
Pada hari Selasa, 31 Disember
2019, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan
Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan 1. Program tersebut diadakan di ruang
serbaguna bermula jam 8.00 pagi. Ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Utama
bagi mengikuti sesi memperkenalkan barisan pentadbir serta mendengar taklimat
daripada Tuan Pengetua. Murid-murid yang berada di Ruang Serbaguna dikendalikan
oleh Guru Kaunseling iaitu Puan Nor Aidawati. Setelah selesai, murid-murid
tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama ibu bapa untuk sesi
perjumpaan bersama dengan guru kelas. Selepas itu, murid-murid bergerak ke
bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi
sekolah. Program selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)