Tuesday 25 February 2020

ORIENTASI MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2020

Pada hari Selasa, 31 Disember 2019, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan 1. Program tersebut diadakan di ruang serbaguna bermula jam 8.00 pagi. Ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Utama bagi mengikuti sesi memperkenalkan barisan pentadbir serta mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua. Murid-murid yang berada di Ruang Serbaguna dikendalikan oleh Guru Kaunseling iaitu Puan Nor Aidawati. Setelah selesai, murid-murid tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama ibu bapa untuk sesi perjumpaan bersama dengan guru kelas. Selepas itu, murid-murid bergerak ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi sekolah. Program selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...